• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak

oleh AK-47
14/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

EMPAT beranak maut selepas motosikal yang dinaiki merempuh belakang lori rosak di Kampung Baru berhampiran Simpang Kampung Daar, dekat Tambunan, Keningau, Sabah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam Ahad lalu, mangsa, Simon Sadi, 29, dan tiga anaknya, Aaron, 6; Selvy, 4; serta anak bongsunya berumur dua tahun maut di lokasi kejadian manakala isterinya, Suzana Damiaus, 25, cedera parah.

Difahamkan, lima beranak yang dalam perjalanan dari arah Keningau menuju ke pekan Tambunan dikatakan tidak memakai topi keleder ketika kejadian.

Lima beranak itu dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kenduri kematian membabitkan ahli keluarga mereka.

4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak

Media tempatan melaporkan, Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Ahmad Jawila berkata, siasatan mendapati  mangsa yang dipercayai menunggang laju gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang sebuah lori kargo yang rosak di tepi jalan.

“Ketika kejadian kesemua mangsa tidak memakai topi keledar dan penunggang motosikal itu juga disyaki menunggang dalam keadaan laju berdasarkan impak perlanggaran yang kuat.

“Akibat rempuhan itu empat sekeluarga maut di tempat kejadian, manakala isteri mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Tambunan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal juga mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang kerana gagal mengawal motosikal hingga merempuh belakang lori yang rosak di bahu jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: empatkeluargakemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cukai Boleh Jejas Industri Pelancongan Sarawak

Next Post

Gabungan Portfolio Pendidikan & Sukan Serasi

Related Posts

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Next Post

Gabungan Portfolio Pendidikan & Sukan Serasi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd