• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

28 Calon UMNO Perlu Tandatangan SD Elak Lompat Parti – Tok Mat

oleh
06/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kesemua 28 bakal calon yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi mengelakkan mereka daripada melompat parti.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, SD tersebut kini sedang disiapkan oleh peguam dan akan ditandatangani semua bakal calon BN sebelum majlis pengumuman calon parti itu esok.

”Ini supaya kestabilan politik di negara terutama di Melaka (dapat dikekalkan). Sementara dalam Parlimen atau DUN (Dewan Undangan Negeri) belum ada lagi akta atau enakmen ini (lompat parti), maka kita terpaksa membuat aku janji dan ada dua, tiga lagi dokumen untuk ditandatangani bakal calon sebelum diberi tauliah esok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan DUN angkat membabitkan Lendu, Taboh Naning dan Ayer Limau kepada Umno Negeri Sembilan di Kampung Pulau di ALor Gajah hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno dan Pengarah Pilihan Raya PRN Melaka berkata 90 peratus calon yang bakal mewakili parti itu terdiri daripada muka baru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat Adun berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).- Bernama

Rauf Dilaporkan Bertanding Di Kawasan Terkuat BN

Abdul Hadi Kekal Presiden PAS, Tuan Ibrahim Timbalan Presiden

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: PRN MelakaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd