Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Golongan, Persatuan Belia Disaran...

KOTA TINGGI - Kerajaan negeri mengalu-alukan golongan dan persatuan belia untuk memberi cadangan...

Polis Sabah Tahan Seorang...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki tempatan dipercayai pengedar dadah ditahan di Lorong Sena,...

Akhirnya, Izara Aishah Mengaku...

Dengan beberapa keping gambar mereka berdua bertebaran di internet dan menjadi bualan ramai,...

Kes Anwar Saman Muhyiddin...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi akan mula mendengar perbicaraan kes saman fitnah dikemukakan...

221 Kematian Direkodkan Op Selamat Hari Ke-13

SHAH ALAM – Menjelang dua hari lagi sebelum Op Selamat 15/2019 berakhir kes kematian akibat kemalangan jalan raya terus mencatat peningkatan kepada 221 orang.

Daripada jumlah itu, sebanyak 14 lagi kes kematian dicatatkan semalam berbanding hari sebelumnya.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, Selangor terus mencatat jumlah korban paling tinggi iaitu 38 kematian diikuti Johor (34), Perak (23) dan Pahang (18).

“Kedah 17 kes kematian, Sabah (16), Sarawak (15), Kelantan (14), Terengganu (11), Negeri Sembilan (9), Pulau Pinang (8), Kuala Lumpur (7), Melaka (6) dan Perlis (5).

“Selangor juga mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi iaitu 5,487 kes diikuti Johor (3,293), Kuala Lumpur (2,405) dan Perak (1,843).

“Keseluruhan kemalangan pula mencecah sehingga 21,265 kes yang mana 206 melibatkan kemalangan maut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asmawati berkata, menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik PDRM, sehingga hari ke 13 Op Selamat 15/2019 sebanyak 292,527 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas.


Sementara statistik kes pecah rumah dan premis meningkat kepada 658 kes yang mana kes pecah kediaman direkodkan paling tinggi, 435 kes.

Op Selamat 15/2019 akan berakhir pada esok selepas dilancarkan pada 29 Mei lalu.

Op Selamat 9/2016 Hari Raya Aidilfitri mencatatkan kematian sebanyak 299 dan jumlah itu menurun pada Op Selamat 11/2017 Hari Raya Aidilfitri kepada 257 kes. Pada Op Selamat 13/2018 Hari Raya Aidilfitri pula mencatat 248 kematian.

Kategori