• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14.5 Juta Pencarum Mungkin Rugi Jika Jual PLUS

oleh Ahmad Albab
21/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebimbangan bahawa kira-kira 14.5 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin hilang aliran pendapatan dividen yang kukuh sekiranya dana pencen itu menjual 49 operatus kepentingannya dalam syarikat pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Bhd, kini semakin meningkat.

Kebimbangan itu semakin meraih momentum susulan laporan berita bahawa usahawan Tan Sri Abu Sahid Mohamad berusaha untuk mengambil alih PLUS Malaysia melalui Maju Holdings Sdn. Bhd.

Selain 49 peratus ekuiti KWSP dalam PLUS Malaysia, majoriti 51 peratus pegangan saham lagi dipegang oleh UEM Group Bhd., yang merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.

Penganalisis berkata, cadangan itu perlu ditolak kerana kedua-dua dana pencen dan cabang pelaburan kerajaan itu menikmati pulangan yang baik daripada pengambilalihan PLUS Malaysia sejak akhir 2011.

Mereka juga berkata, PLUS Malaysia merupakan perniagaan teras bagi Khazanah dan pelaburan teras bagi KWSP, dan sudah pasti merupakan penjana pendapatan penting bagi kedua-duanya.

Justeru, timbul persoalan mengapa dana atau Khazanah perlu menjual syarikat pengendali lebuh raya itu?

Andai penjualan dilakukan, pencarum berpendapat KWSP akan kehilangan pendapatan bernilai daripada kutipan tol dan akibatnya akan berhenti membayar dividen yang baik kepada pencarum.

Persoalan lain yang timbul ialah mengapa perlu menjual aset negara kepada pihak swasta sedangkan ia milik rakyat menerusi syarikat berkaitan kerajaan (UEM Group) dan KWSP.

Pelaburan itu telah memberi manfaat kepada rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak, oleh itu, PLUS Malaysia perlu terus kekal dalam portfolio KWSP sebagai pelaburan strategik jangka panjang, kata penganalisis itu.

Dan apabila dividen dibayar kepada Khazanah, ia masuk semula kepada kerajaan yang kemudiannya boleh digunakan untuk pembangunan infrastruktur.

Penganalisis berkata, berdasarkan sifat strategik aset itu, Khazanah dan KWSP wajar terus kekal sebagai penjaga perniagaan tersebut kerana mereka mewakili kerajaan dan rakyat.

Sungguh melegakan apabila Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dilaporkan berkata, bulan lepas bahawa KWSP tidak merancang untuk melupuskan 49 peratus pegangannya dalam PLUS Malaysia “kerana pelaburan dalam syarikat tersebut telah memberikan pulangan yang baik kepada dana pencen itu.”

Bernama memetik beliau sebagai berkata bahawa dana dan Kumpulan UEM telah melabur secara besar-besaran dalam mengembangkan rangkaiannya, terutama di Lembah Klang.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa “PLUS Malaysia telah banyak menyumbang kepada pendapatan KWSP.”

UEM Group, selepas menerima surat niat tidak terikat daripada Maju Holdings, juga berkata ia tidak berhasrat menjual sahamnya dalam PLUS Malaysia. – BERNAMA

Tags: KWSPPLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd