Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

2 Remaja Dipenjara, Didenda...

KUALA LUMPUR - Dua remaja hari ini dipenjara dua hari dan didenda RM5,000...

DAP Marah Hospital Kerana...

KUALA LUMPUR - Wanita DAP Pulau Pinang menyalahkan pihak polis dan Hospital Sungai...

Rakyat Malaysia Hadapi Taufan...

KUALA LUMPUR - Jepun dilanda musibah lagi. Tidak sampai sebulan selepas dilanda taufan Jebi,...

Tambang Bas Ekspres Sempena...

KOTA KINABALU: Kadar tambang bas ekspres di Sabah menjelang musim perayaan Hari Raya...

Yayasan Amal Wangsa Sedia Bantu Warga Malaysia Di AS

WASHINGTON DC – Yayasan Amal Wangsa, sebuah yayasan khas berasaskan kemasyarakatan akan memainkan peranannya membantu dan menjaga kesejahteraan warga Malaysia di seberang laut, terutamanya di Amerika Syarikat (AS), kata Pengerusinya, Puan Sri Siti Nooriah Abd Razak.

“Harapan saya yayasan yang ditubuhkan saya dan suami, sejak 2001, akan memainkan peranan penting dan strategik dalam membantu dan menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga Malaysia di AS, terutamanya mereka yang memerlukan bantuan.

Siti Nooriah yang merupakan isteri kepada Duta Besar Malaysia ke AS, Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique berkata demikian pada acara rasmi beliau selaku Pengerusi Perwakilan Washington DC yang baharu pada jamuan makan malam untuk meraikan warga kedutaan pada Selasa malam.

“Kami telah membuat keputusan bahawa yayasan yang berpangkalan di Kuala Lumpur ini, akan memainkan peranannya di sini di DC (Daerah Columbia) dan juga untuk membantu warga Malaysia di AS,” katanya.

Yayasan itu ditubuhkan dengan tumpuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, saudara baharu Muslim, mereka yang berkeperluan khas, pesakit penyakit kritikal, mangsa bencana, warga emas selain menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik dan menganjurkan program untuk anggota pasukan beruniform juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Siti Nooriah berkata Yayasan Amal Wangsa baru-baru ini telah menyampaikan bantuan kepada lima pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi membantu pembelajaran mereka.

“Hari ini saya merasa gembira mengumumkan sebagai sebahagian ideologi Yayasan Amal Wangsa AS, kami akan memberikan sumbangan kepada warga kedutaan yang akan kembali ke tanah air, untuk membantu meringankan bebanan dalam perjalanan dan bagi memastikan mereka tiba dalam keadaan selamat dan sejahtera, katanya.


Mengenai Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (Perwakilan), Siti Nooriah berharap anggota Perwakilan yang merupakan perkumpulan wanita yang penting dan mempunyai peranan besar dapat memberi sokongan terhadap peranan rasmi yang dimainkan oleh pihak kedutaan.

“Kita merupakan pelengkap kepada peranan wakil-wakil Kerajaan Malaysia di sini, oleh itu, saya ingin menyeru kepada semua ahli supaya melihat peranan kita dalam Perwakilan sebagai satu amanah yang seharusnya diberi perhatian demi negara kita tercinta. Kita wajar berusaha untuk memberikan komitmen sebaiknya,” kata beliau.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada 28 Dis lepas berkata kerajaan melantik Zulhasnan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu, menggantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Zulhasnan pernah menyandang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009 dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2004 hingga 2006.

Beliau juga pernah menjadi Anggota Parlimen Wangsa Maju dari 1999 hingga 2004 dan Anggota Parlimen Setiawangsa dari 2004 hingga 2013. – BERNAMA

Kategori