• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Terima 7 Jahitan Akibat Ditetak

oleh Ahmad Albab
12/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang lelaki warga emas menerima tujuh jahitan di kepala akibat ditetak dalam kejadian samun di Felda Keratong 4, Rompin dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata mangsa berusia 65 tahun ditetak kerana tidak mengendahkan amaran empat pencuri yang masuk ke bilik tidurnya supaya tidak membuat bising.

Dalam kejadian antara pukul 2.30 hingga 3.30 pagi itu, salah seorang suspek menutup muka dengan topeng dan bersenjatakan parang.

“Suspek dipercayai masuk ke rumah itu dengan memotong empat batang besi tingkap nako rumah itu. Seorang anak mangsa berusia 23 tahun yang tidur di bilik berasing diikat sebelum mereka ke bilik mangsa,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad Aidil Roneh berkata suspek kemudiannya menggeledah rumah mangsa dan melarikan wang tunai RM250 dan dua telefon bimbit.

“Apabila suspek tiada, mangsa keluar mendapatkan bantuan di rumah jirannya yang menghantar mangsa ke Hospital Muadzam Shah,” katanya.

Muhammad Aidil Roneh berkata keadaan mangsa kini stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun. – BERNAMA

Tags: ditetakwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anjing Setia Tunggu Rakan Mati Dilanggar Kereta Jadi Viral

Next Post

Latitude, Casing Tanpa Wayar Untuk iPhone Anda

Related Posts

Warga Emas Ditahan Baling Batu Ke Kenderaan

Warga Emas Ditahan Baling Batu Ke Kenderaan

08/07/2025
0

Kuching: Lelaki warga emas ditahan kerana disyaki terbabit dalam beberapa perbuatan khianat dengan melemparkan batu ke arah kenderaan yang melalui...

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

02/07/2025
0

PENGKALAN HULU - Seorang warga emas maut selepas ditimpa pokok yang ditebang di kebunnya di Kampung Klian Intan di sini pada...

Next Post

Latitude, Casing Tanpa Wayar Untuk iPhone Anda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd