Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lakonan Zul Berjaya, Tak...

MENGHITUNG hari menantikan tanggal 12 Oktober untuk menyaksikan filem yang ditunggu-tunggu oleh pembaca...

15 Kenderaan Halang Trafik...

GEORGE TOWN - Polis mengeluarkan 15 saman kepada pengguna jalan raya yang meletak...

Polis Tahan 7 Lelaki...

KUANTAN - Polis menahan sekumpulan lelaki yang dipercayaiterlibat dengan kes curi di sebuah...

Rusuhan Kuil: Waytha Moorthy...

RAGU... Kredibiliti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy yang diberi...

TLDM Dijangka Terima LMS Pertama Disember 2019

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijadual menerima kapal pertama misi pesisir (LMS) yang kini dalam pembinaan pada 31 Dis tahun depan sebelum menerima kapal kedua pada 31 Mac 2020.

Menurut kenyataan Markas Tentera Laut, fasa reka bentuk LMS telah selesai dan kini memasuki fasa pembinaan kapal keseluruhannya yang mengambil tempoh kurang 18 bulan termasuk proses pemasangan peralatan dan sistem kapal serta aktiviti ujian di pelabuhan dan di laut.

“Ini merupakan tempoh paling singkat pernah dilaksanakan dalam sejarah pembinaan kapal perang TLDM. Sejumlah 21 pegawai, jurutera dan anggota daripada TLDM serta Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) kini berada di China sepanjang pembinaan bagi mengawasi serta mengurus projek pembinaan, sekali gus menjaga kepentingan kerajaan sejajar dengan keperluan kontrak,” menurut kenyataan itu.

Upacara First Steel Cutting (FSC), simbolik bermulanya fasa pembinaan kapal sejurus selesai reka bentuk, bagi LMS TLDM yang pertama dilaksanakan di Wuchang Shipbuilding Industrial Group (WSIG), Shuangliu, China.

Ia disempurnakan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang turut disaksikan Pengarah Urusan BNSSB Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, pihak China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC) dan China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC).

Pembinaan LMS adalah satu daripada lima kelas atau jenis kapal yang dilulus kerajaan di bawah program transformasi armada TLDM ‘15 to 5’ dan ​bakal menjadi pemangkin kepada industri pembinaan kapal di dalam negara.

Melalui kontrak perolehan yang dimeterai di antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat pembinaan kapal tempatan iaitu BNSSB pada 23 Mac tahun lepas, TLDM bakal menerima empat LMS dengan nilai kontrak RM1.17 bilion termasuk kos latihan komprehensif bagi bakal warga kapal.


BNSSB dengan kerjasama China Shipbuilding Offshore and International Corporation LTD sedang melaksanakan pembinaan dua LMS di Wuchang Shipyard, China dan diikuti dua buah lagi di Malaysia sebagai sebahagian daripada rancangan pemindahan teknologi serta menyumbang kepada peningkatan keupayaan pembinaan kapal perang tempatan.

Menurut kenyataan itu, pembinaan kapal LMS ketiga dan keempat di negara ini akan dilaksanakan serentak pada pertengahan tahun depan menggunakan tenaga kerja tempatan sepenuhnya dan dipantau oleh beberapa jurutera dari syarikat China.

Kerjasama dengan negara China selaku peneraju dalam bidang itu mampu meningkatkan keupayaan negara untuk menjadi pengeluar kapal perang yang kompetitif di rantau ini, selain meningkatkan peluang pekerjaan serta ekonomi negara menerusi penglibatan syarikat tempatan dan antarabangsa.

Perolehan itu akan mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan dan diplomasi pertahanan antara Malaysia dan China serta membuka peluang pembangunan industri maritim yang lain. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TLDM

Kategori