• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangguh Aktiviti Kokurikulum Melibatkan Air

oleh Ahmad Albab
12/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Semua sekolah di seluruh negara diarah menangguhkan kegiatan kokurikulum melibatkan aktiviti air berkuat kuasa serta-merta berikutan kematian seorang guru akibat jangkitan kencing tikus di Kedah, semalam.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu berkuat kuasa sementara satu kajian dibuat oleh jawatankuasa khas kementerian berkaitan isu itu, sebelum memutuskan waktu yang sesuai untuk membenarkan kembali aktiviti tersebut.

“Kementerian telah mengambil keputusan menangguhkan semua aktiviti kokurikulum melibatkan air seperti kawasan sungai, air terjun atau kawasan yang melibatkan serangan (kencing tikus) seumpama ini.

“Kita akan buat kajian, insiden ini kita tidak jangkakan sampai sebegitu serius jadi saya minta ketua pengarah pelajaran dan pasukan petugas di kementerian membuat kajian dan selepas itu baru kita tengok masa sesuai untuk benarkan balik,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di sini hari ini.

Semalam, seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seri Indera Putera, Ayer Hitam, Mohd Yusri Yaccob meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah setelah dipercayai menghidap leptospirosis atau jangkitan kencing tikus.

Beliau sebelum itu dilapor berkunjung ke Sungai Ketil pada 15 Julai lepas, bersama beberapa guru dan murid sekolah untuk menjalani aktiviti berkayak dan memanjat gunung di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Mahdzir berkata arahan itu hanya tertakluk bagi aktiviti yang melibatkan air, justeru mana-mana aktiviti luar bilik darjah selain daripada itu boleh dijalankan seperti biasa. – BERNAMA

Tags: Kencing tikusMahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan 3 Lelaki Bantu Kes Bunuh Di Jalan Penang

Next Post

3 Suspek Curi Kenderaan Ditahan Di Tenom

Related Posts

Kes Curi Wang RM24.2 Juta: Pemegang Akaun Terjejas Perlu Dapat Bayaran Balik Segera – BNM

Kedah Rekod 105 Kes Kencing Tikus, Satu Kematian

21/06/2024
0

ALOR SETAR: Kedah merekodkan sejumlah 105 kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus sehingga Minggu Epidemiologi ke-23 iaitu antara tempoh Januari...

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Next Post

3 Suspek Curi Kenderaan Ditahan Di Tenom

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd