• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangan Putus Baju Terbelit Tayar Motosikal

oleh Ahmad Albab
13/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun putus tangan kiri selepas pakaian dipakainya terbelit pada tayar motosikal yang sedang bergerak.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam tadi di Kampung Binjai Bongkok, di sini, mangsa dikatakan memakai baju sejuk bersaiz agak besar, menyebabkan bahagian baju itu tersangkut pada tayar motosikal berkenaan.

Sumber berkata, kejadian menyebabkan tangan mangsa tertarik ke dalam rim tayar motosikal sebelum dia terjatuh daripada motosikal ditunggangi seorang ahli keluarganya sehingga tangannya terputus.

Bagaimanapun gambar yang viral di laman sosial menunjukkan kanak-kanak berkenaan kelihatan tenang dan masih mampu duduk di lokasi kejadian sementara menunggu bantuan.

Kanak-kanak berkenaan kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu oleh keluarganya untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun sumber keluarga mangsa mengesahkan tangan kanak-kanak berkenaan gagal disambung dalam pembedahan yang selesai kira-kira jam 6 pagi tadi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan diterima setakat ini berhubung kejadian. – BH ONLINE

*Video sekadar hiasan…

Tags: kanak-kanakkemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd