Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Jual Soalan SPM:...

KUALA LUMPUR - Lembaga Peperiksaan Malaysia hari ini membuat laporan polis berhubung laporan...

PRK PD: Calon Bebas...

BERJALAN kaki lebih dua jam setiap kali berkempen, calon Bebas Pilihan Raya Kecil...

4 Penunggang Motosikal Maut...

SUNGAI PETANI - Empat penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di daerah ini...

Lebih 10,000 Rakyat Johor...

JOHOR BAHRU - Lebih 10,000 rakyat negeri Johor membanjiri Dataran Bandaraya di sini...

STPM: Disiplin, Konsisten Resipi Kejayaan Pelajar OKU

PUTRAJAYA – Mengulang kaji secara berdisiplin dan konsisten merupakan resipi kejayaan Nurul Syahida Zainun Abidin muncul pelajar cemerlang orang kurang upaya (OKU) bagi kategori pelajar istimewa Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017.

“Setiap hari, saya akan pastikan diri saya mengulang kaji pelajaran selama tiga jam dan saya tidak boleh diganggu pada masa itu,” kata pelajar St John Institution, Kuala Lumpur itu.

Nurul Syahida, pelajar OKU buta memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.90.

Pelajar itu turut menyifatkan kejayaannya itu atas dorongan ibu bapa tidak menganggap kecacatan yang dialami sejak berumur sembilan tahun akibat penyakit saraf sebagai satu kekurangan pada diri saya

“Saya sangat bersyukur dan teruja memperolehi keputusan ini. Usaha saya selama ini amatlah berbaloi,” katanya anak keenam daripada tujuh beradik itu kepada pemberita selepas menerima plak, sijil penghargaan dan RM1,000 daripada Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini, hari ini.

Nurul Syahida berharap keputusan itu akan menjadi tiket untuknya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang sejarah demi mencapai cita-cita menjadi pensyarah.

Rakannya dari sekolah yang sama, Tan Chin Ning yang rabun penglihatan pula berkata kejayaannya adalah usahanya secara disiplin kerana mahu membuktikan bahawa dirinya mampu melakar kejayaan cemerlang.

“Kalau mahu berjaya, perlu ada disiplin dan pandai bahagi masa. Oleh kerana saya rabun, saya memerlukan kanta pembesar untuk melihat nota-nota saya. Tetapi, kanta pembesar perlu dikongsi bersama beberapa pelajar yang lain. Jadi, itulah satu-satunya masalah saya hadapi sebab perlu mencari masa sesuai untuk menggunakan peralatan itu,” katanya.


Anak bongsu daripada tiga beradik yang memperoleh PNGK 4.00 itu, berharap dapat menyambung pengajian di Universiti Malaya dan bercita-cita menjadi pakar ekonomi.

Tan turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru, rakan-rakan serta pengurusan sekolah yang sentiasa memberikan sokongan dan motivasi untuk terus berjaya dan mencatat keputusan cemerlang.

Sementara itu, Vaniesha Williams-Hunt daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tapah, Perak yang menerima anugerah Pelajar Terbaik STPM 2017 bagi kategori pelajar Orang Asli, berkata rahsia kejayaannya ialah fokus di dalam kelas, mengulang kaji lima hingga enam jam serta bertanyakan kepada guru-guru sekiranya tidak memahami mata pelajaran tersebut.

“Cuma, setiap hari, perjalanan dari rumah ke sekolah adalah kira-kira 16km dan mengambil masa 30 minit satu hala. Tetapi ini tidak melemahkan semangat saya untuk terus maju dan membuktikan bahawa anak Orang Asli juga mampu menempa nama sebagai pelajar cemerlang,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Vaniesha, yang bapanya telah meninggal dunia, tinggal bersama ibunya yang bekerja di bahagian pengurusan sebuah hospital, menasihatkan bakal pelajar agar tidak takut kerana peperiksaan STPM tidak sukar seperti digambarkan. – BERNAMA

Kategori