• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM, DBKL Tubuh Pasukan Petugas Khas Atasi Rasuah

oleh AK-47
10/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas bagi meneliti secara khusus isu kelemahan sistem dan prosedur bagi tujuan penambahbaikan dalam usaha memantapkan proses kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata pasukan itu ditubuhkan bagi menutup ruang dan peluang daripada berlakunya ketidakpatuhan dalam pelaksanaan projek-projek di DBKL dengan meneliti punca-punca kelemahan yang wujud dan memperakukan cadangan serta nasihat bagi mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasinya.

Pasukan Petugas Khas yang diketuai Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki itu turut dianggotai pegawai-pegawai daripada Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Bahagian Siasatan SPRM dan Jabatan Integriti DBKL.

“Pembentukan pasukan tersebut merupakan satu usahasama yang diambil selepas beberapa pegawai kerajaan disiasat baru-baru ini atas kesalahan salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Sebagai permulaan, pasukan ini telah mengenal pasti lima isu berkaitan amalan, sistem dan tatacara kerja yang melibatkan lima jabatan di DBKL,” jelas kenyataan itu.

Baru-baru ini, seorang kakitangan DBKL bergelar ‘Datuk Seri’ disiasat SPRM bagi kesalahan rasuah manakala lebih 30 pegawai dan kakitangan DBKL disyaki terlibat dalam salah guna kuasa melibatkan pembelian kondominium dan pangsapuri di ibu negara.

Antara isu yang dikenal pasti ialah pengurusan projek perumahan penswastaan, garis panduan pembelian hartanah oleh pegawai dan kakitangan, pemilikan dan pengisytiharan harta, pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) serta pemantauan pembangunan tanah di ibu negara.

Menurut kenyataan itu, pasukan berkenaan bertanggungjawab merangka beberapa cadangan kepada pihak DBKL untuk mengukuhkan lagi tatacara kerja pegawai dan kakitangan serta sistem dan prosedur organisasi tersebut.

SPRM berharap kerjasama antara dua pihak itu akan membuka ruang kepada agensi-agensi lain untuk turut bekerjasama dengan SPRM bagi membendung perbuatan salah guna kuasa dan penyelewengan sekaligus memperkukuhkan lagi tatacara kerja dalam sektor awam. – BERNAMA

Tags: DBKLrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Umrah, Lawatan Old Trafford Ganjaran Buat Melaka United

Next Post

5 Maut Dalam Kemalangan Babitkan Kenderaan Di Kedah

Related Posts

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

02/07/2025
0

Kota Kinabalu: Pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disyaki meminta dan menerima rasuah...

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

02/07/2025
0

Alor Setar: Dua individu termasuk seorang penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukan dengan mencadangkan dan bersubahat dengan...

Next Post

5 Maut Dalam Kemalangan Babitkan Kenderaan Di Kedah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd