• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RMK11: Peluang Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Tingkatkan Pemilikan Kekayaan

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkukuh peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera untuk meningkatkan pemilikan kekayaan menerusi lima strategi utama yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 termasuk memperkasa modal insan Bumiputera.

Menurut RMK11 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini, empat strategi lain adalah meningkatkan penguasaan efektif Bumiputera dan mengekalkan pemilikan korporat; memperluas syer pemilikan kekayaan Bumiputera; memperkasa Komuniti Ekonomi Bumiputera dan mengukuhkan keberkesanan penyampaian program berorientasikan Bumiputera.

Rancangan itu menyebut penyertaan Bumiputera dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi disasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus menjelang 2020 melalui program peningkatan kemahiran Bumiputera.

Selain itu, rancangan lima tahun itu menggariskan pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dengan penguasaan berkesan dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 30 peratus dalam tempoh RMK11.

Sementara itu, program pembiayaan usahawan akan dipergiat bagi menyokong pelaksanaan program pembangunan usahawan secara efektif dan bersepadu.

Tumpuan akan diberi kepada industri yang mempunyai penyertaan usahawan Bumiputera yang besar termasuk automotif, pembinaan, aeroangkasa dan pertahanan, perkhidmatan perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan serta minyak dan gas.

Menerusi rancangan itu juga, Program Bridging akan diperkenalkan bagi mengumpul usahawan Bumiputera berwibawa untuk meningkatkan mereka ke tahap seterusnya di samping memperkenalkan Program Baucar Pembangunan Perniagaan untuk menyediakan geran pemadanan.

Agensi pembangunan keusahawanan Bumiputera akan memperkukuh jalinan kerjasama dalam kalangan mereka untuk melahirkan usahawan yang berjaya dan berdaya saing.

Di samping itu, perolehan dan kontrak kerajaan akan disusun semula untuk mengurangkan kegiatan Ali Baba dan ‘spurious-front’ dan usaha ini akan termasuk memperkenalkan dasar graduasi atau dasar penamatan yang bersesuaian untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.

Dalam pada itu, menurut RMK11, dijangka sekurang-kurangnya 90 peratus isi rumah Bumiputera memiliki seunit kediaman dalam tempoh rancangan itu dan sebagai usaha membantu Bumiputera untuk memiliki hartanah kediaman, lebih banyak rumah mampu milik akan dibina menggunakan sumber dana termasuk mekanisme tabung ‘clawback’.

Tabung ini merupakan sumbangan daripada pihak pemaju hartanah yang tidak mematuhi penetapan kuota Bumiputera dalam pembangunan hartanah. Jumlah sumbangan bersamaan dengan nilai diskaun unit kediaman Bumiputera yang dijual kepada bukan Bumiputera.

Selain itu, Dana Pusingan Hartanah Komersial Bumiputera akan ditubuhkan bagi membantu usahawan untuk memperoleh hartanah komersial dan inisiatif ini akan membolehkan usahawan Bumiputera daripada menyewa kepada memiliki hartanah tersebut. – BERNAMA

 

Tags: Najib Tun RazakRMK11
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1MDB: Najib Nafi Arul Kemuka Penyata Bank Palsu

Next Post

Rasionalisasi Sektor Awam Antara Usaha Di Bawah RMK11

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Rasionalisasi Sektor Awam Antara Usaha Di Bawah RMK11

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd