• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Real Madrid Tumbang Lagi

oleh
10/01/2019
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Real Madrid mungkin tidak mampu mencabar kejuaraan La Liga musim ini selepas tewas mengejut 0-2 di laman sendiri kepada Real Sociedad awal pagi tadi, sekaligus menyaksikan mereka kini ketinggalan 10 mata di belakang Barcelona.

Barcelona pula mengambil kesempatan daripada aksi longlai seteru utama mereka itu dengan menewaskan Getafe 2-1, manakala Atletico Madrid dan Sevilla yang bersaing merebut slot ke saingan Eropah sekadar seri 1-1.

Dalam aksi La Liga pagi tadi, gol jaringan Lionel Messi dan Luis Suarez sudah cukup untuk membolehkan Barcelona meraih kemenangan, manakala sepakan percuma Antoine Griezmann pula memastikan Atletico meraih satu mata berdepan Sevilla.

Dalam perlawanan yang dianggap memalukan, Madrid beraksi dengan 10 pemain selama setengah jam selepas Lucas Vazquez dibuang padang dan ketika itu, mereka sudah ketinggalan satu gol menerusi sepakan penalti Willian Jose pada minit ketiga.

Ruben Pardo memastikan kemenangan Sociedad pada minit ke-83, sekaligus meraih kejayaan pertama mereka ke atas Real sepanjang 22 pertemuan terakhir.

Ia juga adalah kemenangan pertama mereka di Santiago Bernabeu sejak 2004 dan kemudiannya, Madrid memecat jurulatih Carlos Queiroz sehari selepas itu.

Berikutan keputusan mengecewakan itu, pengendali Real, Santiago Solari kini dilihat berada dalam situasi semakin terancam sejak menggantikan Jule Lopetegui, pada November tahun lalu.

Kekalahan terbaru itu hadir selepas seri dengan Villarreal di tempat lawan, sekaligus menyaksikan Real kini menduduki tangga kelima liga dan terkeluar daripada kelompok empat pasukan teratas yang layak untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

“Segala-galanya tidak memihak kepada kami. Kami melakukan sedaya upaya yang boleh, tetapi bola tidak masuk ke gawang gol.

“Kami akan cuba bangkit semula,” kata Solari. – Agensi

Tags: Real Madrid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa Bumi Kuat Landa Laut Maluku Utara

Next Post

Sultan Muhammad V, Raja Berjiwa Rakyat

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

Next Post

Sultan Muhammad V, Raja Berjiwa Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd