Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan...

BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menganugerahkan kartunis terkenal,...

Kelantan Akui Ketirisan Pungutan...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini mengakui berlakunya ketirisan dalam pungutan doket...

Perak Catat Rekod Raih...

IPOH - Perak mencatat rekod apabila memperoleh hasil negeri sebanyak RM1.011 bilion bagi...

Azmin Tak Jamin Masalah...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak memberi...

Rakam Aksi Anak Saudara Bogel, Paksa Lakukan Seks

LELAKI berusia 42 tahun ini sememangnya layak digelar manusia berhati syaitan.

Mana tidaknya, pemandu jentolak ini tergamak merakam aksi bogel dua anak saudaranya yang berusia 15 dan 16 tahun ketika mereka sedang mandi dan memakai pakaian seterusnya memaksa kedua-dua mereka mengadakan hubungan seks dengannya dan mengugut mahu menyebarkan rakaman bogel tersebut.

Ekoran takut dengan ugutan, dua remaja terbabit dikatakan mengikut sahaja arahan bapa saudaranya itu.

Mangsa kemudian dirogol beberapa kali di rumah nenek mereka yang terletak di Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh, Kota Bharu antara Ogos dan November lalu.

Difahamkan, suspek masuk ke dalam bilik mangsa ketika semua penghuni rumah lain sedang tidur.

Mangsa dua beradik tinggal bersama datuk dan nenek selepas kematian bapa, manakala ibu mereka berada di Pulau Pinang kerana bekerja. Rumah tersebut turut dihuni oleh suspek bersama isteri dan anaknya.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhamad berkata, perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis.

Tambahnya, suspek ditahan penduduk kampung pada jam 1 pagi, pada Isnin, sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Sebelum ini, suspek sukar dikesan kerana kerap bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.

“Suspek kini dikenakan perintah tahanan reman selama seminggu hingga 20 Disember depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=oGrx80yrbY8]

  • Lagi berita berkaitan:
  • rogol

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori