• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Perkenal Jersi Baharu Musim 2017/2018

oleh AK-47
13/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) hari ini memperkenalkan jersi baharu pasukan berkenaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2017 selepas menjalinkan kerjasama dengan Legea.

Kerjasama julung kali itu merangkumi tiga pasukan di bawah naungan FAP melibatkan skuad Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Super.

Diinspirasikan dengan warna bendera Pulau Pinang, pasukan berkenaan akan memakai jersi berwarna biru untuk aksi di tempat sendiri, manakala jersi putih di gelanggang lawan.

Majlis pelancaran jersi tersebut dirasmikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sambil disaksikan ratusan penyokong Pulau Pinang di Stadium Bandaraya di sini, malam ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Presiden FAP Datuk Nazir Ariff Munshi Ariff, pengurus pasukan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dan ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood.

Sementara itu, Nazir Ariff yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran jersi berkenaan, yakin FAP dan Legea iaitu sebuah syarikat pakaian sukan, dapat bekerjasama dengan baik. – BERNAMA

Tags: FAPjersi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain Liga-M Boleh Guna Nombor Jersi 1-99 Musim 2020

08/11/2019
0

PEMAIN yang beraksi dalam Liga Super dan Premier Malaysia boleh menggunakan nombor jersi dari 1 hingga 99 bermula musim 2020....

Jersi Real Madrid Simbolik Kekuatan 117 Tahun

04/07/2019
0

SEMPENA meraikan ulang tahun kelab bola sepak, Real Madrid yang ke-117 tahun, peneraju pakaian dan barangan sukan terkemuka dunia, jenama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd