Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Pak Wan Tamatkan Misi...

KOTA BHARU - Pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 73, optimis...

‘Pintu’ Rahsia Seludup Migran

BUKIT KAYU HITAM - Keadaan sekitar perumahan penduduk Ladang Rakyat Laka Temin dan...

Wajib Tampal Setem Cukai...

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Oktober 2016, semua pengilang rokok tempatan wajib menampal...

Pendapatan Kurang RM3,000 Akan...

KUALA LUMPUR - Dua juta isi rumah di Malaysia bersamaan 28.7 peratus yang...

Polis Tahan ‘Datuk Seri’ Berkaitan Kes Dadah

KUALA LUMPUR – Selepas dibebaskan setelah membayar wang jaminan bagi pertuduhan kes menyerang dan mencederakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) hari ini, ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk Seri’ kemudian ditahan polis berhubung kes dadah.

Liow Soon Hee, 29, ditahan semula oleh sepasukan polis narkotik dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, (IPD) di Mahkamah Sesyen Ampang sejurus membayar wang jaminan berjumlah RM17,000 bagi empat pertuduhan menyebabkan kecederaan parah, menyerang dan mencederakan tiga anggota RELA iaitu Lee Weng Poh, 27, Melvin Cheong Mun Khai, 21, dan Leong Jun Jie, 21.

Selepas ditahan, Liow dibawa menaiki kenderaan MPV polis dan meninggalkan kompleks mahkamah pada 5 petang untuk dibawa ke IPD Dang Wangi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan semula Liow.
“Dia merupakan individu yang dikehendaki polis berhubung satu kes jenayah lampau dadah,” katanya.

Terdahulu, Liow mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen itu bagi empat pertuduhan berkenaan yang didakwa dilakukan di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini pada 6.30 pagi, 27 Okt lepas.


Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, tiga anggota Rela iaitu Melvin, Lee dan Leong, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku hanya kerana mereka meminta ‘Datuk Seri’ itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas. – BERNAMA

Kategori