Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

ETS Tawar Koc Kelas...

KUALA LUMPUR - Dalam usaha memberikan pilihan keselesaan kepada pengguna, Perkhidmatan Tren Elektrik...

Konsert Helloween Julung Kali...

DEMAM kehangatan Pilihan Raya (PRU) ke-14 yang akan diadakan pada 9 Mei depan...

Perodua Lancar Model Myvi...

KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan model dipertingkat, Perodua...

Syatilla Melvin Keguguran Selepas...

KUALA LUMPUR - Hasrat pelakon, Syatilla Melvin untuk menimang cahaya mata kedua tidak...

Pembangunan Atas Bukit Diluluskan Sejak 2008

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima 30 permohonan pembangunan atas tanah bukit di Pulau Pinang sepanjang tempoh 2008 hingga 2017, kata Menteri berkenaan, Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata daripada jumlah permohonan itu, hanya 17 projek diluluskan kementerian manakala 11 pula projek pula tidak mendapat sokongan PLANMalaysia.

“KPKT melalui PLANMalaysia terlibat secara lansung untuk memberi cadangan kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) bagi pertimbangan kelulusan permohonan tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Liang Teck Meng (PKR-Simpang Renggam) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Noh berkata PLANMalaysia menyediakan Garis Panduan Pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi yang diterbitkan pada 2009 di mana kerajaan negeri diberi kelonggaran untuk meminda garis panduan tersebut berdasarkan kepada fizikal dan geografi negeri.


Katanya dalam hal ini, KPKT hanya terlibat dalam proses meluluskan permohonan berkenaan selepas 2007 kerana tempoh sebelum itu merupakan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menjawab soalan tambahan mengenai hak orang ramai membuat bantahan aman pembangunan projek perumahan yang memberi kesan kepada orang ramai dan alam sekitar, beliau berkata mereka dibenarkan untuk berbuat demikian seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1972. – BERNAMA

Kategori