• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permintaan Terhadap Getah Asli Terus Meningkat

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Permintaan terhadap getah asli oleh pihak industri terus meningkat, kata Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Dr Zairossani Mohd Nor.

Beliau berkata melihat kepada kepentingan getah kepada ekonomi negara, Malaysia telah menghasilkan beberapa teknologi penting dalam sektor berkaitan produk getah yang sekali gus meningkatkan permintaan getah asli oleh pihak industri.

Katanya sebagai contoh, galas getah seismik telah diguna pakai di serata dunia dalam aplikasi bangunan dan struktur besar seperti jambatan dan bangunan yang dapat mengurangkan kesan gempa bumi pada struktur berkenaan sekali gus dapat menyelamatkan banyak nyawa dan harta benda.

“Contohnya lebih 2,300 galas getah seismik telah dipasang di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Pulau Pinang, iaitu satu daripada projek pembangunan yang terbesar di negara ini,” katanya kepada Bernama pada Majlis Pemindahan Teknologi dan Khidmat Sokongan Pekebun Kecil Keningau di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, jalan raya getah sedang diterokai di negara ini dan kajian awal mendapati ia dapat meningkatkan daya ketahanan jalan raya dan menjimatkan kos penyelanggaraan berbanding jalan raya konvensional.

Dr Zairossani berkata sehingga tahun lalu, industri getah terus menjadi antara penyumbang ekonomi yang penting bagi Malaysia dengan menjana pendapatan eksport sebanyak RM32.3 bilion.

Sehubungan itu, katanya kerajaan memberi perhatian terhadap usaha penanaman getah dengan menyediakan pelbagai bantuan dan insentif khususnya pekebun kecil getah.

Di Sabah, katanya setakat tahun lepas merekodkan kawasan tanaman getah seluas 177,766 hektar dan daripada jumlah berkenaan, 125,075 hektar diusahakan pekebun kecil manakala selebihnya tanaman getah estet.

“Di Keningau sahaja jumlah keluasan tanaman getah ialah 21,525 hektar dengan jumlah pekebun kecil seramai 5,902 orang. Bilangan pekebun kecil getah di negeri Sabah sehingga tahun 2017 adalah 42,646 orang,” katanya.

Dalam bajet 2017, kerajaan mengumumkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT kepada pekebun kecil dan penoreh getah bagi membantu meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh membabitkan pemberian RM200 sebulan yang dibayar selama tiga bulan bermula November 2017 hingga Januari tahun ini. – BERNAMA

Tags: getah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Riyadh Dakwa Iran Dalang Serangan Peluru Berpandu

Next Post

AirAsia Kerjasama Platform Inovasi Dari Lembah Silikon

Related Posts

Peneroka Bawa Tandan Sawit Protes Di Luar Parlimen

04/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pekebun kecil dan peneroka Felda berhimpun di luar bangunan Parlimen hari ini mendakwa Kementerian Industri Utama...

Harga Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

07/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia meningkat hari ini berikutan jangkaan peningkatan penghantaran tayar Amerika Syarikat (AS) bagi 2018. Seorang...

Next Post

AirAsia Kerjasama Platform Inovasi Dari Lembah Silikon

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd