• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghuni Kuaters Polis Sentul Dapat Unit Baharu

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 270 keluarga yang telah tinggal di kuarters Balai Polis Sentul dekat sini, yang berusia 40 tahun, akan berpindah ke apartmen baharu yang bersaiz lebih besar dan kemudahan yang moden menjelang Disember tahun depan.

Kerja-kerja meruntuhkan kuarters lama, yang terdiri daripada dua blok 16 tingkat, telah berjalan sejak Jun bagi memberi laluan kepada pembinaan laluan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) berikutan kuarters berkenaan berada dalam laluan bagi projek terowong bawah tanah laluan SSP yang sedang dilaksanakan.

Pengarah projek MRT Corp Laluan SSP Datuk Amiruddin Ma’aris berkata keemua 270 keluarga itu kini ditempatkan di rumah sementara di Setapak sementara menunggu kuarters polis baharu di Taman Keramat AU di sini siap.

“Perumahan sementara itu dibayar pemilik projek dan mereka diberi bantuan seperti bas sekolah bagi membawa anak-anak mereka ke sekolah.

“Kuarters baharu itu lebih luas berukuran 1,200 kaki persegi dengan tiga bilik tidur berbanding kuarters lama seluas 800 kaki persegi dengan dua bilik tidur,” katanya pada taklimat media mengenai kemajuan kerja-kerja meruntuhkan kuarters di sini hari ini.

Amiruddin berkata kuarters baharu itu mempunyai ciri-ciri moden dengan kemudahan sepertu surau, kedai, taman didikan kanak-kanak dan dewan orang ramai.

Mengenai pembinaan Laluan SSP itu, Amiruddin berkata pada keseluruhannya kemajuan pembinaan adalah 13.7 peratus dan berjalan mengikut jadual.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan terowong dijangka bermula pada suku pertama tahun depan.

“Persiapan ke arah melancarkan mesin pengorek terowong (TBM) sedang dijalankan, dan kerja pembersihan lapan TBM yang telah digunakan bagi laluan pertama hampir selesai dan ia dijangka dihantar ke tapak projek masing-masing bermula akhir tahun ini,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemajuan bagi kerja-kerja merobohkan Ampang Park, Amiruddin berkata ia akan dijalankan menjelang tahun depan dan berharap semua peniaga akan mengosongkan bangunan menjelang akhir tahun ini.

Laluan SSP itu merupakan laluan kedua bagi projek MRT Lembah Klang yang akan dibangunkan dan bertindak sebagai koridor dengan penduduk sekitar dua juta orang dari Sungai Buloh ke Putrajaya.

Penjajaran yang diluluskan adalah 52.2 km dengan 35 stesen dan daripada jumlah itu 11 daripadanya merupakan stesen bawah tanah. – BERNAMA

Tags: Kuaters
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd