Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Bayi Lima Bulan Terperangkap...

Kuala Lumpur : Seorang bayi perempuan berusia lima bulan diselamatkan Jabatan Bomba dan...

Suami Cerita Detik Isteri...

KUALA LUMPUR - Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian pemancing hilang dibawa arus...

Penuntut Kolej Maut Kereta...

Maran - Dua penuntut Kolej Shahputra terbunuh selepas kereta dinaiki merempuh belakang bas...

Ajal 2 Sahabat Dihempap...

ALOR GAJAH - Dua rakan karib penuntut sebuah kolej kejururawatan maut dalam kemalangan...

Penggunaan ‘Weigh In Motion’ Elak Kerosakan Jalan

KUANTAN – Kementerian Kerja Raya bercadang melaksanakan penggunaan penimbang berat kenderaan ‘Weigh In Motion’ bagi infrastruktur jalan raya dan jambatan terus mengalami kerosakan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata keberkesanan mesin itu telah diuji menerusi projek rintis kementerian itu di beberapa tempat termasuk membolehkan berat kenderaan diketahui pada waktu sebenar menerusi penggunaan sensor dan kamera mesin berkenaan.

Sehubungan itu, katanya kementerian mengharapkan kerjasama Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selaku agensi penguatkuasaan untuk melaksanakan penggunaan mesin itu.

“Ia bagi menjaga kualiti dan keadaan jalan raya di negara ini demi keselesaan pengguna selain menjamin keselamatan kerana ada infrastruktur khususnya jambatan mempunyai had berat yang perlu dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau projek pembinaan laluan bertingkat di persimpangan Jalan Bukit Ubi di sini, hari ini bersempena Jelajah FTRoadpedia Kementerian Kerja Raya Zon Timur yang berakhir esok.

Fadillah berkata kementerian juga berharap syarikat konsesi memberi kerjasama supaya mesin berkenaan boleh diletakkan sebelum laluan masuk ke lebuh raya bagi menghalang kemasukan kenderaan lebih muatan.

Mengulas mengenai pembinaan laluan bertingkat itu, Fadillah berkata projek bernilai RM38 juta berkenaan dijangka siap pada April ini dan dibuka kepada orang ramai pada awal Mei depan.


Projek itu merupakan akujanji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2014 kepada penduduk tempatan selepas mendengar keluhan mereka yang berhadapan dengan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak di situ.

“Secara purata, sebanyak 100,000 kenderaan melalui kawasan ini menyebabkan kesesakan. Apabila ia dibuka nanti, penduduk akan menerima manfaat khususnya mereka yang tinggal di Indera Mahkota, Bukit Setongkol, Kota SAS dan Bukit Ubi yang melibatkan perjalanan pergi balik pusat bandar,” katanya.

Pada sidang media sama, Fadillah mengumumkan peruntukan RM2.5 juta bagi pembinaan jejantas pejalan kaki dan motosikal di Sekolah Kebangsaan Galing di sini dan sebanyak RM500,000 bagi membina pusingan U di Kampung Semangat di Jalan Kuantan-Pekan di sini.

Mengenai Jelajah FTRoadpedia, beliau berkata program itu merupakan inisiatif kementerian untuk meninjau keselamatan dan keadaan jalan persekutuan dan jalan negeri bagi keselesaan pengguna jalan raya.

Program dua hari itu diadakan di laluan Pantai Timur termasuk Jalan Gombak-Genting Sempah dan Jalan Maran di sini hari ini sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu esok. – BERNAMA

Kategori