• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Ayam Aman Jaya Hadiah KPKT Untuk Warga Ipoh

oleh AK-47
04/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pembinaan Pasar Ayam Aman Jaya boleh disifatkan sebagai ‘hadiah’ daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan buat warga bandar raya Ipoh untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik.

Pasar ayam yang dahulunya daif kini dinaik taraf kepada pasar yang mempunyai kemudahan awam seperti surau, lif penumpang dan kamera litar tertutup (CCTV) serta persekitaran lebih selesa bukan sahaja kepada peniaga malah pengunjung.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, pasar yang dibina pada 10 Feb 2014 dan siap pada 31 Jan lepas dengan harga lebih RM12.6 juta itu turut dilengkapi dengan parkir bertingkat untuk kemudahan orang ramai.

“Parkir di atas pasar ini sekurang-kurangnya dapat mengatasi kekurangan tempat letak kereta yang dihadapi oleh mereka yang ingin ke pasar ayam atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terletak bersebelahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dan penyerahan kunci bagi Pasar Ayam Aman Jaya di sini, hari ini.

Sementara itu, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin dalam ucapannya menasihati orang ramai supaya dapat menjaga kemudahan yang diberikan sebaik-baiknya termasuk menjaga kebersihan pasar berkenaan.

Beliau juga mengharapkan parkir bertingkat yang dibina di atas pasar berkenaan dapat mengurangkan rungutan orang ramai mengenai masalah tempat letak kereta.

“Janganlah hanya pada perasmian ini sahaja pasar ini menjadi bersih, tetapi seharusnya kebersihan dan kecantikan pasar ini dapat dikekalkan oleh semua pihak.

“Saya harapkan dengan parkir tambahan 300 lot untuk kereta termasuk tiga untuk Orang Kurang Upaya manakala 100 lot untuk motosikal dapat mengurangkan masalah parkir di kawasan pasar dan UTC ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPKTTan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesan Gaya Hidup, 1:4 Lelaki Malaysia Mati Pucuk

Next Post

Lelaki Ditahan Seleweng Tanah Wakaf Di Melaka

Related Posts

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights,...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

Next Post

Lelaki Ditahan Seleweng Tanah Wakaf Di Melaka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd