• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Pensyarah UTeM Direman Lima Hari

oleh Ahmad Albab
06/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sepasang suami isteri yang juga pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan nilai kira-kira RM52,000.

Tempoh reman sehingga 10 Sept ke atas dua-dua suspek berusia 35 dan 32 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Analia Kamaruddin di Kompleks Mahkamah Melaka. Ayer Keroh di sini.

Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas suspek mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di perkarangan mahkamah pada 11.05 pagi diiringi pegawai daripada suruhanjaya itu.

Semalam media melaporkan kedua-dua suspek yang masing-masing memegang jawatan sebagai pensyarah kanan dan pensyarah di fakulti berlainan itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan.

Penahanan pasangan itu dibuat selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mencadangkan kepada pihak pengurusan fakulti untuk memilih syarikat milik mereka bagi pembelian barang makmal serta perkhidmatan untuk penyelidikan membabitkan nilai RM52,000 antara Mac 2015 dan Jun 2016. – BERNAMA

Tags: DiremanPensyarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Erra Dan Aleesya Tumpang Gembira Majlis Bella-Emran

Next Post

3 Penjual Telur Penyu Dihukum Penjara

Related Posts

Pensyarah Hilang Ketika Menyelam Di Pulau Tioman Ditemukan Selamat

Pensyarah Hilang Ketika Menyelam Di Pulau Tioman Ditemukan Selamat

29/06/2025
0

KUANTAN: Seorang pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Chebeh,...

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

10/03/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dakwaan meminta rasuah RM3,000 sebagai...

Next Post

3 Penjual Telur Penyu Dihukum Penjara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd