Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Laporan Forensik...

IPOH – Polis Perak menafikan laporan forensik berkaitan kes seorang Ahli Exco kerajaan...

Sarawak Nafi Tolak Pindaan...

MIRI - Sarawak tidak pernah menolak cadangan untuk meminda undang-undang had umur minimum...

Rosmah Fail Rayuan Terhadap...

KUALA LUMPUR: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini memfailkan...

Penyewa PPR Diberi Tawaran...

KUALA LUMPUR - Penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara akan diberi...

Najib Hadir Raptai Penuh Hari Kebangsaan 2017

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka di sini.

Najib, yang tiba kira-kira 8.15 pagi ini diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zahrah Syed Ahmad.

Hari ini adalah raptai terakhir sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2017 berlangsung pada Khamis.

Sambutan bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ kali ini lebih istimewa apabila ia mengimbas semula detik pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dan dijayakan oleh 18,000 peserta termasuk penglibatan perdana menteri sendiri.

Dalam raptai penuh itu, Najib turut melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali sebagai mengimbas kembali detik bersejarah yang pernah dilakukan oleh perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Menggunakan teknologi moden termasuk skrin besar LED, sambutan kali ini membawa semula nostalgia 60 tahun kemerdekaan negara dengan penonjolan suasana kehidupan zaman itu termasuk dari segi rupa dan gaya masyarakat berpakaian.


Acara persembahan tahun ini antara lain akan mengimbas prakemerdekaan meliputi zaman penjajahan British dan Jepun, darurat dan detik bersejarah pengisytiharan tarikh kemerdekaan, ambang merdeka dan hari kemerdekaan serta pengisytiharan Hari Malaysia.

Era kepimpinan perdana menteri Malaysia kedua hingga keenam turut dipersembahkan, memaparkan kejayaan dan pembangunan negara sejak merdeka hingga ke hari ini. – BERNAMA

Kategori