Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Tak Penting Ambil...

PUTRAJAYA - Jumlah kenderaan di jalan raya kelihatan bertambah sejak semalam, disebabkan ada...

Ibu Budak Jatuh Dalam...

IBU kepada seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dalam parit sehingga menyebabkan kematian seekor...

Tambang ERL Tidak Pernah...

KUALA LUMPUR - Tambang bagi perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) terpaksa...

Umat Islam Tunai Solat...

UMAT Islam di seluruh negara menunaikan solat sunat gerhana atau solat sunat kusuuf...

Mungkin Dah Tiba Masa Fikir Semula… – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, barangkali sudah tiba masa untuk PAS memikirkan kembali kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR).

Beliau mencadangkan demikian andainya ketiga-tiga parti itu mula merasakan jurang perbezaan terlalu besar dan tidak mungkin lagi ada muafakat serta sikap saling menghormati antara mereka.

“Rakyat sudah naik muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu sama lain. Masalah dalaman mesti dibawa ke meja perundingan dan dasar dan perjuangan setiap parti mesti dihormati.

“Andainya ketiga-tiga parti merasakan jurang perbezaan terlalu besar dan tidak mungkin lagi adanya muafakat serta sikap saling menghormati, barangkali sudah sampai masanya untuk memikirkan semula segalanya. Namun semua sayangkan gabungan ini,” katanya.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menjelaskan, setiap parti mempunyai dasar dan agenda masing-masing tetapi prinsip perjuangan posisi dan dasar menjadi nadi untuk setiap mereka terus maju.

Justeru, katanya, harus wujud sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti kerana apabila jurang perbezaan diperbesarkan, maka akan ruang persamaan akan mengecil lalu menghancurkan muafakat.


“Sebaliknya apabila kita membesarkan ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan. Dengan itu muafakat itu akan kekal dan subur.

“Sikap inilah yang sepatutnya dikekalkan seandainya PR ingin terus kekal. Bukankah PR pernah bersetuju bahawa persamaan antara tiga parti adalah jauh melebihi perbezaan antara mereka.

“Mengapa harus terus bertelingkah atas perkara yang berbeza tapi mengetepikan perkara yang membawa kita bersama,” tegasnya.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori