• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Remaja Lelaki Dikerat Dijumpai Di Tangkak

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Misteri bau busuk yang menghantui penduduk Kampung Kesang Laut di sini sejak beberapa hari lepas akhirnya terjawab berikutan penemuan beberapa anggota badan remaja lelaki di dalam sebuah longkang di situ, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt. Mohad Idris Samsuri berkata anggota badan mangsa, yang dipercayai berusia bawah 20-an, ditemui seorang pemilik rumah semasa sedang membersihkan halaman rumahnya.

Beliau berkata saksi ternampak pergelangan kaki di dalam longkang itu lalu menghubungi polis kira-kira 3.15 petang.

Polis yang tiba untuk melakukan pemeriksaan kemudian menemukan lima bungkusan plastik mengandungi anggota badan yang dikerat kepada beberapa bahagian.

“Kepala mangsa tidak ditemui di dalam bungkusan berkenaan…ia ditanam tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badannya,” kata beliau kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.

Mohad Idris berkata mangsa dipercayai dibunuh lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaan mayatnya.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

Beliau berkata seorang suspek lelaki ditahan di kawasan berhampiran kurang sejam selepas penemuan anggota badan remaja itu.

“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: Mayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd