• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Berisiko Tinggi Hidap Kanser Kolorektal

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jika kanser payu dara merupakan ancaman terbesar kepada golongan wanita, kaum lelaki pula terdedah kepada risiko kanser kolorektal, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata individu berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko tinggi menghidap kanser ini berikutan pelbagai faktor.

“Antaranya faktor genetik, gaya pemakanan, amalan merokok, obesiti dan juga penyakit diabetes, manakala kesedaran membuat saringan awal amat penting.

“Sekiranya mereka mempunyai simptom seperti perubahan dalam tabiat usus, darah dalam najis, susut berat badan dan juga anemia, disarankan agar ke hospital untuk mengesan puncanya,” katanya selepas melancarkan buku panduan amalan klinikal kanser kolorektal di Hospital Selayang, hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata berdasarkan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan (MNCR), dianggarkan 35,000 hingga 40,000 kes kanser setiap tahun, manakala penghidap kanser kolorektal adalah kira-kira 13.2 peratus daripada jumlah tersebut.

“Apa yang kita lihat sekarang, saringan digunakan untuk kes yang berisiko tinggi, tapi kita kena lihat bagaimana untuk menggunakan kaedah lain, sebagai contoh, mengesan darah dalam najis.

“Itu salah satu contoh saringan, dan seterusnya boleh menjalankan kaedah kolonoskopi untuk mengesan kanser kolorektal. Penyakit ini akan menimbulkan gejala ketara pada tahap tiga dan empat (tahap serius) sahaja,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata pesakit boleh menjalani saringan di mana-mana hospital kerajaan dan kos rawatan bagi setiap seorang boleh mencecah RM21,000.

“Namun, rakyat Malaysia diberikan subsidi kerajaan dan kos yang ditanggung adalah lebih rendah. Semakin serius tahap kanser, semakin banyak kos yang diperlukan untuk merawat,” katanya.

Beliau turut menekankan keperluan untuk pengambilan makanan berserat tinggi, mengehadkan pengambilan alkohol, aktif secara fizikal, mengehadkan makan daging merah dan mengindari daging yang diproses untuk mengurangkan risiko kanser.

Menurut Persatuan Kanser Amerika, kanser kolorektal adalah kanser yang bermula pada kolon atau rektum. Kanser itu dinamakan kanser kolon atau kanser rektum, bergantung di mana ia bermula. Kebanyakan kanser kolorektal bermula sebagai satu tumbuhan yang dipanggil polip pada lapisan dalam kolon atau rektum. Sesetengah jenis polip boleh bertukar menjadi kanser setelah beberapa tahun tetapi tidak semua demikian. – BERNAMA

Tags: kanserlelaki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Piala Dunia: Penyokong Nigeria Kecewa Tersingkir

Next Post

Video Zahid Yang Bangkitkan Semangat Ahli UMNO

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka yang videonya tular...

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Next Post

Video Zahid Yang Bangkitkan Semangat Ahli UMNO

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd