• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Presiden Perancis Tingkat Perdagangan 2 Hala

oleh AK-47
30/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berharap lawatan negara Presiden Perancis, Francois Hollande ke Malaysia dapat meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara.

Seri Paduka yakin Malaysia dan Perancis mampu meneroka lebih banyak peluang termasuk bidang ekonomi, pertahanan, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan udara.

“Beta ingin juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Republik Perancis kerana membuka ruang dan peluang kepada syarikat-syarikat negara beta dalam memperkasakan sinergi ekonomi di Perancis.

“Peluang dalam bidang ini sudah tentunya akan menambah baik pendapatan negara dan menjana peluang pekerjaan kepada rakyat kedua-dua negara,” titah Seri Paduka pada majlis santapan negara bagi meraikan Hollande dan delegasinya di Istana Negara di sini, malam ini.

Majlis itu, yang berlangsung di Dewan Santapan Utama, merupakan sebahagian daripada aturcara Hollande yang dalam rangka lawatan negara dua hari ke Malaysia bermula semalam.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri Kabinet serta para tetamu kenamaan.

Sultan Muhammad V turut berharap hubungan kerjasama dan persahabatan rapat yang terjalin sekian lama di antara Malaysia dan Perancis akan terus kekal.

“Walaupun lawatan ini singkat, namun Beta berharap ia membawa seribu satu makna kepada kedua-dua negara dan juga ia akan menjadi legasi kepada hubungan dua hala antara Malaysia dengan Republik Perancis.

“Kehadiran beliau menguatkan lagi hubungan yang sangat baik dan mesra yang sudah lama dinikmati rakyat kedua-dua negara. Dengan perkongsian sejarah dan warisan, ia dapat mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman,” titah Seri Paduka.

Sementara itu, Hollande dalam ucapannya berkata beliau mahu melawat Kuala Lumpur pada tahun ini sempena meraikan 60 tahun hubungan diplomatik yang terjalin di antara kedua-dua negara.

“Perancis adalah satu daripada negara awal yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Persekutuan Tanah Melayu menjelang kemerdekaannya pada 1957 dan saya yakin sokongan Perancis untuk negara muda itu tidak pernah dilupakan,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Presiden Perancis Francois HollandeYang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buku Mengenai Istana Kehakiman Dilancar

Next Post

Penjawat Awam Malaysia Bertaraf Hamba?

Related Posts

Tiada Pengesahan Agong Telah Berkahwin – PM

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan...

Agong Kahwini Wanita Rusia?

24/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dilaporkan berkahwin dengan ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina...

Next Post

Penjawat Awam Malaysia Bertaraf Hamba?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd