• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Unicef Kanak-Kanak PPR Tak Benar – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) bahawa kanak-kanak dari kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur mengalami masalah bantut dan kurus adalah tidak benar.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian sendiri tidak pernah menerima sebarang laporan daripada guru mengenai murid terbantut dan tidak mampu membeli makanan.

“Kita ada kajian. Tak adalah (kes) di sekolah menunjukkan budak tidak mampu (makan) sehingga begitu teruk sekali. Setakat ini tak ada lagi laporan daripada guru,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang mahu penjelasan kementerian mengenai laporan Unicef berkenaan yang diterbitkan baru-baru ini.

Ia antara lain mendakwa kanak-kanak yang menetap di PPR di sekitar Kuala Lumpur lebih ramai terkesan dengan masalah itu berbanding kanak-kanak di kawasan lain.

Mahdzir berkata kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif memastikan kesejahteraan murid di negara ini dijaga, termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk manfaat 458,483 murid sekolah rendah daripada golongan perpendapatan rendah dan luar bandar tahun ini.

Katanya, program RMT dimanfaatkan 515,028 murid pada tahun lepas; 538,620 murid (2016); 536,103 murid (2015) dan 559,383 murid (2014).

Mahdzir berkata kementerian juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mengadakan pemeriksaan mata dan gigi secara berkala terhadap murid serta pemeriksaan kes talasemia.

Jelasnya, murid yang mengalami masalah kesihatan akan dirujuk ke klinik atau hospital untuk rawatan susulan.

“Selain itu, ujian standard kecergasan fizikal murid Malaysia (Segak) untuk pelajar sekolah juga diadakan untuk memastikan tahap kesihatan mereka memuaskan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahdzir KhalidUNICEF
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengarah Urusan Kumpulan BDB Meninggal Dunia

Next Post

Akui Buat Silap, Fathia Mohon Padam Video Tarian

Related Posts

UNICEF Terkejut Kes 402 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Aniaya, Dera

UNICEF Terkejut Kes 402 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Aniaya, Dera

12/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) terkejut dan bimbang dengan laporan 402 kanak-kanak dan remaja daripada beberapa...

UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,287 Sebulan Di Malaysia

UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,287 Sebulan Di Malaysia

08/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mencadangkan kerajaan untuk menetapkan kadar gaji minimum pada RM2,287 sebulan, berbanding...

Next Post

Akui Buat Silap, Fathia Mohon Padam Video Tarian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd