Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

APMM Musnah Rokok Bernilai...

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan hari ini memusnahkan rokok seludup...

Proton Pinjam RM1.88 Bilion...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional Proton memperoleh kemudahan perbankan bernilai RM1.88 bilion...

GAMBAR : Hantu “Penanggal”...

Penampakan hantu yang dirakam oleh teknologi seperti kamera sememangnya mengejutkan orang ramai lagi-lagi...

Guna Racun Ubat Kutu,...

JAKARTA - Dua orang kanak-kanak dilaporkan telah meninggal dunia manakala ibunya serta seorang...

Kumpulan Bersenjata Serang Telaga Minyak Di Libya

BENGHAZI/TUNIS – Sekumpulan lelaki bersenjata merampas telaga minyak utama di Libya, El Sharara dan melarikan peralatan serta melepaskan tembakan menyebabkan pekerja di situ ketakutan sehingga terpaksa mencari tempat perlindungan.

Kejadian itu memberi satu lagi tamparan terhadap industri minyak negara itu yang sering menjadi sasaran tunjuk perasaan dan serangan militia.

Tidak dapat dipastikan kejadian sebenar di telaga minyak terbabit yang berupaya mengeluarkan kira-kira 340,000 tong minyak sehari. Ia adalah telaga minyak terbesar di Libya yang terletak di kawasan terpencil di selatan di mana puak penentang bertelagah sejak Muammar Gaddafi digulingkan pada tiga tahun lalu.

Penutupan telaga minyak itu akan menjejaskan usaha kerajaan negara itu untuk menyelamatkan pengeluaran bahan api terbabit daripada pertelagahan yang berlaku ketika ini di mana dua perdana menteri, parlimen dan ketua angkatan tentera bersaing berebut kuasa.

Sumber pasukan keselamatan berkata, pengurusan syarikat telaga minyak itu sudah menghentikan pengeluaran selepas kumpulan lelaki bersenjata itu menyerbu masuk sehingga menyebabkan 13 pekerja mengalami kecederaan. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori