• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kongsi Gelap: NGO Dinasihati Tidak Terlalu Ghairah

oleh Ahmad Albab
21/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Badan bukan kerajaan (NGO) dinasihati agar tidak terlalu ghairah dalam membuat pendedahan berhubung kegiatan kongsi gelap kepada umum bagi mengelak keselamatan diri diancam.

Sebaliknya kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, mereka perlu menyalurkan maklumat itu berserta bukti kepada polis atau kepada beliau sendiri untuk tindakan lanjut.

“NGO-NGO jangan terlalu ghairah untuk mendapatkan ‘mileage’ politik semata-mata untuk buat apa-apa tuduhan, nanti keselamatan mereka sendiri terancam.

Kegiatan kongsi gelap ini, mereka mempunyai jaringan dan pengaruh begitu besar sampai boleh mengancam nyawa dan sebagainya, jadi jangan kita ambil ringan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas program bersarapan bersama penduduk Taman Kobena, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa kegiatan judi dan jenayah lain di negara ini didalangi sembilan ketua atau ‘dragon’, baru-baru ini.

PPIM turut mendakwa menerima ancaman daripada sindiket jenayah terbabit setelah maklumat mereka didedahkan oleh persatuan itu.

Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai, berkata masalah kongsi gelap berlaku di mana-mana sahaja dan dalam konteks negara ini kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat secara berterusan.

“Soalnya sekarang, banyak NGO buat tuduhan dan tidak kemukakan apa-apa bukti pun sama ada sahih atau tidak. Kalau sahih sekalipun, saya nasihatkan NGO supaya berhati-hati kerana keselamatan diri mereka boleh terancam kerana mendedahkan aktiviti itu,” katanya.

Sementara itu, mengenai Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini, Nur Jazlan berharap kerajaan dapat menimbang untuk meningkatkan peruntukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memantapkan penguatkuasaan termasuk menambah pegawai penguat kuasa.

Katanya perkara itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ditimbangkan.

“KDN terlibat dalam penguatkuasaan dan perkara ini yang disebut rakyat sebagai satu kelemahan. Ini memerlukan tambahan pegawai penguatkuasaan, teknologi dan kos penguatkuasaan kerana setiap kali penguatkuasaan dijalankan, ia akan melibatkan kos peralatan, kenderaan, kerja lebih masa dan lain-lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan MohamedPPIM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tak Masuk Akal Caj RM1,000 Untuk Ujian Covid-19

27/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan, terdapat segelintir pusat perubatan dan klinik swasta mengenakan caj tinggi bagi...

Ini Arak, Bukan Jus Epal Biasa!

25/10/2020
0

Poster PPIM menyebut Apple Fox adalah arak jenis cider yang mempunyai pembukusan seperti air jus biasa.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd