• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan PT3 Lebih Adil Berbanding PMR?

oleh Ahmad Albab
25/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) tetap menyokong pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi memperbaiki, mengemaskan dan meningkatkan kualiti sistem pentaksiran negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof. Dr. Omar Yaakob berkata, Walaupun keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mengundang reaksi negatif ramai pihak, usaha itu perlu diteruskan kerana kebolehpercayaannya keputusannya yang lebih tinggi serta lebih adil bagi pelajar.

Bagaimanapun, katanya, beberapa aspek pelaksanaannya perlu diberi perhatian untuk meyakinkan masyarakat.

“Pertama, pihak pentadbiran sekolah, guru-guru serta ibu bapa perlu diberi kefahaman dan keyakinan yang lebih tentang falsafah, matlamat dan prosedur dalam pelaksanaan PBS dan PT3.

“Kedua, guru juga perlu diberi latihan yang lebih intensif dari sudut pelaksanaan pengajaran yang lebih berorientasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan bukan hanya menekankan penyampaian maklumat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Omar berkata, prasarana dan sistem sokongan yang padu perlu disediakan bagi memberi kemudahan kepada guru-guru untuk melaksanakan pentaksiran itu.

Menurutnya, pentaksiran pelajar juga perlu lebih menyeluruh dengan memasukkan elemen-elemen berkaitan akhlak kerana pasaran pekerjaan abad ke-21 tidak lagi hanya melihat kepada sijil akademik tetapi integriti dan akhlak.

“Kelima, kurikulum holistik perlu diperkenalkan bagi membolehkan pentaksiran holistik dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berpandangan PT3 adalah satu permulaan yang baik dan mempunyai cara format peperiksaan yang tersendiri apabila pelajar-pelajar diuji dengan soalan berasaskan KBAT.

Menurutnya, keputusan PT3 baru-baru ini telah melahirkan satu hipotesis terbaru dalam dunia ujian dan peperiksaan di Malaysia.

Justeru, katanya, keputusan itu perlu disambut baik kerana tujuan perlaksanaannya bukan sekadar berteraskan kepada teori semata-mata sebaliknya menuntut pelajar-pelajar untuk berfikir di luar kotak.

“Sebagai kumpulan pertama peperiksaan ini, para ibu-bapa dan guru tidak seharusnya menuding jari kepada Kementerian Pendidikan di atas kemerosotan keputusan PT3 di sesetengah sekolah,” katanya.

Tags: PT3
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TNB Nafi Banjir Disebabkan Pelepasan Air Empangan

Next Post

Sony Pictures ‘U-Turn’ Tayang The Interview Mulai Esok

Related Posts

Isu UPSR, PT3, Silibus Pendidikan Antara Diumum Esok

Isu UPSR, PT3, Silibus Pendidikan Antara Diumum Esok

14/12/2022
0

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dijadual mengadakan sidang akhbar khas esok, dipercayai bagi menjawab pelbagai isu pendidikan yang menjadi...

Pemansuhan UPSR, PT3 Jadikan PBS Lebih Berkesan

Pemansuhan UPSR, PT3 Jadikan PBS Lebih Berkesan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dalam sistem pendidikan negara, dibuat bagi...

Next Post

Sony Pictures 'U-Turn' Tayang The Interview Mulai Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd