• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Atlet Angkat Berat Belum Cukup Yakinkan MSN

oleh AK-47
06/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan atlet angkat berat meraih dua pingat emas pada temasya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, semalam, belum cukup menyakinkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyenaraikan semula sukan itu sebagai sukan teras negara.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail sekali lagi mengulangi tindakan MSN menggugurkan angkat berat dalam sukan teras sebelum ini bukan kerana prestasi atlet tetapi masalah disiplin yang kronik dalam kalangan atlet.

Beliau berkata kejayaan Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin, sepatutnya menjadi rangsangan dan motivasi kepada semua penggiat sukan tersebut untuk berusaha memerangi kegiatan penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet mereka.

Azroy Hazal menyumbang pingat emas pertama negara dalam kategori 56kg serta memecah rekod kejohanan manakala Muhamad Aznil menang pingat emas kategori 62kg.

“Seperti mana kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin umumkan dan keputusan Lembaga Pengurusan MSN sebelum ini, keputusan menggugurkan angkat berat bukan kerana prestasi atlet senior di kejohanan antarabangsa.

“Ia bergantung kepada usaha bersungguh-sungguh pihak persatuan sukan kebangsaan dan negeri i serta penggiat sukan angkat berat seperti jurulatih dan atlet dalam memastikan tiada lagi isu penyalahgunaan dadah dalam sukan tersebut baik di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat kebangsaan dan Sukan Malaysia,” katanya ketika di hubungi Bernama, di sini hari ini.

Ahmad Shapawi menjelaskan sekiranya pihak persekutuan tidak serius dalam memerangi isu dadah dalam kalangan atlet, sukan angkat berat berdepan risiko besar iaitu bukan sahaja digugurkan daripada sukan teras malah boleh digantung oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa ( IWF ).

Beliau menyeru pihak terlibat termasuk persatuan negeri perlu mengambil pendekatan agresif dalam melaksanakan kempen dan program antidoping yang serius dalam sukan itu.

“Cuba kita bayangkan kalau sukan tersebut digantung oleh IWF, kita bukan sahaja tidak boleh aktif dalam sukan tersebut malah kita juga akan kehilangan wira-wira negara yang tidak bersalah seperti Azroy Wafi dan Aznil,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Shapawi IsmailMajlis Sukan NegaraSukan Komanwel
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

10 Tempat Menarik Aktiviti ‘Outdoor’ Di Selangor

Next Post

Enggan Ulas Lanjut, Boy Iman Tunggu Hari Konvokesyen

Related Posts

Kes Dadah Pertama Cemari Sukan Komanwel 2022

Kes Dadah Pertama Cemari Sukan Komanwel 2022

31/07/2022
0

BIRMINGHAM : Hanya dua hari selepas membuka tirai secara rasmi, Sukan Komanwel Birmingham sudah dicemari isu doping melibatkan petinju ­Ghana,...

MSN Bertanggungjawab Kegagalan Atlet Di Sukan SEA

12/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Majlis Sukan Negara (MSN) bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kegagalan atlet negara mencapai sasaran 70 pingat emas...

Next Post

Enggan Ulas Lanjut, Boy Iman Tunggu Hari Konvokesyen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd