• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Jemaah Haji Terengganu Meningkat Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
30/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Jumlah jemaah haji dari Terengganu meningkat kepada 2,739 orang tahun ini berbanding 2,500 orang tahun lepas, kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 101 orang jemaah adalah dari kalangan kakitangan kerajaan negeri yang mendapat pengiktirafan atas kecermelangan perkhidmatan mereka.

Beliau turut menasihatkan jemaah haji yang akan berangkat supaya menjaga disiplin dan mengikut segala arahan yang dikeluarkan Tabung Haji sepanjang berada di Tanah Suci.

“Jemaah haji dari Terengganu merupakan sebahagian daripada 30,200 Malaysia yang berpeluang menunaikan haji tahun ini dengan sejumlah 112 penerbangan disediakan untuk membawa mereka bermula 14 Ogos ini.

“Jemaah iingatkan supaya kerap minum air dan jangan terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana cuaca di sana ketika ini sangat panas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1439 Hijrah peringkat negeri, di Taman Tamadun Islam, di sini malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan, Datuk A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani.

Sementara itu Adi Azuan berkata tidak ada peraturan baharu yang dikenakan terhadap jemaah haji dari Malaysia, meskipun Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan cukai tambah nilai lima peratus seperti GST kepada Tabung Haji mulai tahun ini.

“Ini kerana semua perkhidmatan dan barangan yang dibeli Tabung Haji, perlu tambah lima peratus yang akan ditanggung oleh Tabung Haji,” katanya.

Adi Azuan berkata, Tabung Haji sentiasa memperbaiki kemudahan perkhidmatannya terutama semasa jemaah berada di Arafah dan Mina yang keadaannya sangat padat.

“Untuk keselesaan jemaah, kita akan menyediakan tambahan blower bagi mengurangkan kehangatan,” katanya.

Beliau berkata, buat pertama kalinya tahun ini TH menguruskan jemaah haji melalui Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang yang dibina melibatkan peruntukan kira-kira RM450 juta menggantikan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya yang telah beroperasi sejak 36 tahun lalu. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiMB TERENGGANU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd