• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu ‘Bin Abdullah’: Kerajaan Digesa Bendung Diskriminasi

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) bertindak mengikut kepentingan kanak-kanak berhubung isu ‘bin Abdullah’.

Kenyataan Suhakam itu susulan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertegas agar kanak-kanak yang lahir tanpa pernikahan tidak boleh menggunakan nama bapanya dan perlu menggunakan “bin Abdullah”.

“Suhakam ingin mengetengahkan bahawa penafian hak kanak-kanak untuk menggunakan nama bapanya oleh JPN atas sebab apa sekalipun sama ada agama, budaya atau masyarakat menafikan hak asasi kanak-kanak itu dan memberi kesan seumur hidup dan memalukan kanak-kanak itu; mendiskriminasi kanak-kanak luar nikah sama dengan mendiskriminasi kanak-kanak yang tidak bersalah,” kata Pengerusi Suhakam Razali Ismail dalam kenyataan hari ini.

Jelas Razali, semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang kelahiran mereka perlu dibenarkan menjalani kehidupan normal dan dilindungi daripada diskriminasi sosial dan perundangan.

Tambahnya, setiap kanak-kanak luar nikah juga mempunyai hak untuk menggunakan nama bapanya.

“Suhakam menekankan bahawa kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak dari segi ekonomi, sosial, dan kemudaratan lain yang disebabkan oleh diskriminasi undang-undang,” katanya.

Mahkamah Rayuan pada 25 Mei lalu memutuskan JPN bertindak tidak rasional apabila bertegas untuk mengikut peraturan menamakan anak-anak di luar nikah sebagai ‘bin Abdullah’ kerana JPN berada di bawah undang-undang awam.

JPN kini dalam proses rayuan untuk keputusan itu dan Mahkamah Persekutuan akan mendengar perbicaraan kes itu pada 18 Oktober. – MalaysiaKini.com

Tags: Anak Luar NikahSuhakam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MH370: Pegawai Trafik Udara Bertugas Diambil Tindakan

Next Post

Alasan Gugur Semak Kes Batu Puteh Tidak Konkrit – PAS

Related Posts

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

07/09/2023
0

SEMPORNA - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersama Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM), dan Suruhanjaya Hak...

Next Post

Alasan Gugur Semak Kes Batu Puteh Tidak Konkrit - PAS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd