Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

24,708 Kenderaan Dikenakan Tindakan...

KOTA BHARU : Sebanyak 24,708 kenderaan dikenakan tindakan, termasuk saman dan notis dalam...

Ku Ingatkan Besi, Rupanya...

“SAYA ingatkan suami bawa pulang besi buruk, tetapi sebaik memegang 'besi' itu baru...

Pakar Bimbang Hutang Negara...

PETALING JAYA - Pakar ekonomi menggesa Putrajaya mengurangkan perbelanjaan dengan memetik angka Bank...

Aksem Di Bawah PDRM...

KUALA LUMPUR - Langkah meletakkan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) di bawah tanggungjawab Polis...

Islam Angkat Darjat Wanita Setingginya

Buat golongan feminis dan individu berfikiran liberal yang cuba membela hak-hak wanita kerana kononnya tidak diamalkan dalam ajaran Islam, mereka harus baca ini!

Rmai yang masih belum sedar, Islam bukanlah satu agama yang menindas kaum hawa, malah mengangkat darjat golongan tersebut setinggi-tingginya.

Namun mungkin kerana kecetekan ilmu, sementelah disogok oleh anasir jahat dengan propaganda negatif mengakibatkan persepsi sesetengah wanita telah lari dari akidah sebenar seorang Islam.

Antara yang sering kita dengar, golongan hawa mempertikaikan tentang aurat yang perlu ditutup, kewajipan mereka untuk mendahului suami, dan banyak lagi.

Jadi, sebelum ada yang terus-terusan menghentam hukum-hakam Islam, Istighfar sebentar dan baca penjelasan di bawah.

93786_neelofaberhijab

Islam mewajibkan golongan wanita untuk menutup aurat lebih dari lelaki kerana aurat wanita diibaratkan seperti permata yang sangat bernilai dan patut disembunyikan untuk tatapan semua.

Analoginya mudah, gula-gula yang berbalut sudah tentulah bersih dari sebarang kekotoran, manakala gula-gula yang tidak berbalut sudah tentulah dihurung semut dan terdedah dengan pencemaran. Mana satu yang akan menjadi pilihan?

Kedua, ramai yang mempertikaikan musabab isteri perlu taat kepada suami dan menurut perintah si suami. Sedarkah mereka, tanggungjawab lelaki itu lebih besar kerana taatnya kepada ibu adalah 3 kali lebih dari bapanya.

cium-tangan

Buat wanita yang sudah berkahwin, tanggungjawab terhadap kedua orang tuanya telah gugur. Malah si suami juga akan berkongsi dosa si isteri andai dia gagal mendidik isterinya mengikut ajaran Islam!

Ada juga yang mempertikaikan hukum alam kenapa wanita perlu melahirkan anak dan bukan lelaki sedangkan lelaki dikurniakan kekuatan melebihi wanita.


Ya, memang betul, tetapi perlu diketahui, andai seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak, di sisi Allah SWT dia telah mati syahid dan dijanjikan ganjaran syurga.

Malah setiap kali melahirkan anak, sekalian makhluk termasuk malaikat mendoakan mereka!

Sedarkah wahai para wanita, di akhirat nanti, para lelaki perlu bertanggungjawab ke atas 4 individu lain selain dari dirinya, iaitu ketaatan kepada ibunya dan tanggungjawab terhadap isteri, adik perempuan dan anak perempuan.

Untuk wanita pula, mereka akan dibantu oleh empat lelaki terbabit; bapa, suami, adik lelaki dan anak lelaki. Beruntung bukan?

Untuk golongan Adam, mereka juga dituntut untuk jihad fisabilillah iaitu berjihad di jalan Allah, namun tidak bagi wanita.

Hanya dengan taat pada perintah suami dan menjalankan kewajipannya sebagai seorang Islam, pahala yang dikurniakan ke atas mereka setara dengan jihad fisabilillah tanpa perlu mengusung senjata.

Maka nampakkah golongan wanita, Islam tidak pernah sesekali mengurangkan hak ke atas mereka. Islam itu indah dan tidak sesekali berlaku tidak adil ke atas umatnya.

Buat golongan feminis, tidak salah untuk menuntut sesetengah hak ke atas wanita, namun sedarlah bawa hukum Allah itu tidak harus dilanggar dan dipertikaikan.

Semoga masing-masing istiqamah selepas ini. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori