Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Penswastaan Penting Bagi Kelangsungan...

KUALA LUMPUR - Cadangan penswastaan Malaysia Airlines (MAS) adalah penting bagi kelangsungan hidup...

Cabul: Penjara 15 Bulan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 15 bulan dan...

500,000 Pekerja Teknikal Diperlukan...

SIBU - Sarawak memerlukan kira-kira 500,000 pekerja teknikal dalam tempoh 12 tahun akan...

Najib Pemimpin Disegani Peringkat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang disegani...

Indonesia Lancar Usaha Cari CVR Lion Air

JAKARTA – Indonesia akan melancarkan usaha pencarian baharu seawal hari ini untuk mencari perakam suara kokpit (CVR) daripada pesawat Lion Air yang terhempas ke Laut Jawa akhir Oktober lalu.

Ketua Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), Soerjanto Tjahjono berkata, jika keadaan cuaca mengizinkan, kapal pencarian itu akan berlepas hari ini.

Nahas itu, yang pertama membabitkan pesawat Boeing Co, 737 MAX, mengorbankan kesemua 189 penumpang di dalamnya.

Minggu lalu, penyiasat berkata, mereka bercadang menggunakan kapal tentera laut untuk mencari ‘kotak hitam’ kedua pesawat selepas usaha pencarian 10 hari dibiayai Lion Air gagal menemui CVR itu.

Sumber KNKT berkata, pasukan itu memiliki tempoh tujuh hari menggunakan kapal KRI Spica untuk mencari CVR, yang mungkin memiliki petunjuk penting siasatan terhadap tindakan juruterbang pesawat malang itu.

Soerjanto enggan mengulas jika ada had masa untuk pencarian itu. Hubungan dengan pesawat JT610 itu terputus 13 minit sejurus berlepas 29 Oktober lalu dari ibu kota Jakarta menuju ke bandar perlombongan timah di Pangkal Pinang, Sumatera.


Kotak hitam satu lagi, perakam data penerbangan ditemui tiga hari selepas nahas.

Satu laporan awal KNKT memfokuskan penyelenggaraan pesawat dan latihan serta tindak balas sistem anti-pegun Boeing terhadap pengimbas baharu diganti namun tidak memberi punca sebenar nahas. – Reuters

Kategori