• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat, Angin Kencang Rosakkan Harta Benda

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa bahagian di pulau bebas cukai ini sejak malam tadi, mengakibatkan lapan rumah di lima kampung dinaiki air serta beberapa gerai makanan serta kemudahan di pusat peranginan rosak teruk.

Kampung terjejas ialah Kampung Sungai Buton, Kampung Rancha-Rancha, Kampung Ganggarak, Kampung Layangan dan Kampung Sungai Miri (Simpang Padang, Sungai Pagar).

Beberapa rumah di kampung air Kampung Bebuloh Laut juga terjejas berikutan peningkatan paras air laut akibat angin kencang.

Gerai makanan di Pohon Batu rosak teruk apabila sebatang pokok besar tumbang menimpanya.

Anggota bomba pula sibuk melayan beratus-ratus panggilan yang melaporkan tentang pokok tumbang dan dahan yang menimpa rumah serta jalan sejak awal pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin memberitahu Bernama tiada kecederaan dilaporkan akibat kejadian itu.

Angin kencang dan ombak besar merosakkan kemudahan di resort yang terdapat di Pulau Rusukan Kecil serta struktur pendaratan bot pisang dan bot nelayan di pantai peranginan popular Kampung Layangan.

Di Kampung Ganggarak, sekurang-kurangnya empat keluarga dipindahkan ke dewan komuniti kampung itu apabila rumah mereka dilanda banjir lewat malam tadi.

Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata bantuan kecemasan akan disalurkan kepada mangsa dengan secepat mungkin.

“Ketika ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sedang membantu mangsa manakala pusat khidmat masyarakat kami menyelaras bantuan yang diperlukan,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Kampung Ganggarak di sini, hari ini.

Asmawi Zulkifili, 30, seorang daripada mangsa di Kampung Sungai Miri/Sungai Pagar, berkata rumahnya terjejas teruk akibat banjir apabila air, yang dipercayai dari sebuah empangan, melimpah.

“Pada kira-kira 4.30 pagi, saya dikejutkan oleh bapa saya. Ketika itu, rumah kami sudah dilanda banjir.

“Kami segera mematikan bekalan elektrik dan mengalihkan barangan elektrik, mesin basuh dan peti sejuk ke tempat lebih tinggi. Bagaimanapun, perabut tidak boleh digunakan lagi.

“Ini kali pertama rumah kami dilanda banjir,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hujan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aliff Syukri Penat Dituduh Ada Hubungan Dengan Sajat!

Next Post

Pelaburan Tinggi, Pendapatan Isi Rumah Rendah?

Related Posts

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

05/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Januari lalu,...

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

04/08/2024
0

Tunggu Allah turunkan hujan bagi menampung kekeringan air takungan empangan di Kedah, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. IKUTI...

Next Post

Pelaburan Tinggi, Pendapatan Isi Rumah Rendah?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd