• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hariff Yakin Pertahan Emas Sukan SEA, Raih Podium LTdL

oleh AK-47
02/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pelumba Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Salleh percaya latihan intensif di Australia mampu membantunya mempertahankan dua pingat emas Sukan SEA selain meraih podium pada Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini.

Pakar pecut berusia 28 tahun itu yang bakal mengharungi kem latihan 45 hari di Melbourne bersama 11 rakan sepasukannya, percaya persiapan bagi Sukan SEA kali ini juga lebih baik berbanding edisi-edisi sebelum ini.

Di Melbourne, mereka bakal menyertai beberapa kejohanan tempatan selain latihan untuk menguatkan kayuhan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu TSG, Jeremy Hunt.

“Saya memang berhasrat mempertahankan pingat emas Sukan SEA, lebih-lebih lagi ia diadakan di Malaysia dan persiapan kali ini juga lebih baik. Di Australia memang ada banyak perlumbaan untuk meningkatkan teknik kayuhan dan prestasi.

“Bagi LTdL pula, saya akan buat yang terbaik untuk dapatkan kedudukan podium. Laluan kali ini yang agak landai juga mungkin akan memberi kelebihan,” katanya kepada pemberita di klia2 di sini sebelum berlepas ke Melbourne.

Mohd Hariff yang meraih emas menerusi acara kriterium dan lebuh raya di Sukan SEA 2015 Singapura, mengakui keserasian dalam kalangan pelumba TSG akan memberi kelebihan sekiranya diberi peluang mewakili negara pada temasya dwitahunan itu yang bermula 19-31 Ogos ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata TSG yang diberi mandat menyediakan pelumba acara lebuh raya negara ke Sukan SEA, akan mengadakan beberapa siri kem latihan untuk menjadi pencabar utama pingat pada temasya tersebut.

“Sejurus tamat latihan di Melbourne pada 14 Feb, hanya enam pelumba akan dipilih menyertai LTdL yang akan berlangsung dari 22 Feb hingga 1 Mac manakala bakinya mengambil bahagian dalam Le Tour de Filipinas bermula 18-21 Feb.

“Fokus utama diberikan kepada LTdL untuk mengumpul sebanyak mana mata yang boleh untuk ranking dunia.

“Latihan di Australia sangat penting untuk menyesuaikan pelumba dengan laluan yang bakal mereka lalui dan merangkumi aspek latihan memperbaiki kelajuan, pendakian bukit dan teknik kayuhan supaya mampu bersaing dengan pelumba dari benua terutamanya Eropah,” katanya.

Beliau berkata bagi LTdL tahun ini, TSG mahu mempertahankan jersi putih (pelumba terbaik Asia) yang dimenangi Muhamad Adiq Husainie Othman tahun lalu, selain memastikan dua pelumba berada di kedudukan 30 teratas dan podium.

Menurut Nasiruddin, senarai enam pelumba yang akan mewakili negara ke Sukan SEA akan diputuskan pada akhir Mac ini, sebelum fasa latihan seterusnya diadakan di Cameron Highlands dan Chiang Rai, Thailand. – BERNAMA

Tags: LTdLMohd Haniff SalehSukan SEATSG
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PBT Perlu Lantik Penganjur Mahir Pertunjukan Bunga Api

Next Post

Perabot Dan Alatan Mengajar Rosak, Sekolah Dimasuki Air

Related Posts

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027

12/05/2022
0

HANOI : Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) hari ini memilih Malaysia sebagai tuan rumah edisi ke-34 Sukan SEA pada 2027, umum...

Terjun Hadiahkan Emas Keempat Malaysia

09/05/2022
0

PETALING JAYA: Gandingan Wendy Ng-Ong Ker Ying memastikan terjun terus menjadi ‘lubuk’ emas Malaysia dengan menghadiahkan pingat emas keempat dalam...

Next Post

Perabot Dan Alatan Mengajar Rosak, Sekolah Dimasuki Air

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd