PELAKON baharu Idris Khan yang memiliki ketinggian 185 sentimeter ini merupakan seorang bekas peragawan yang pernah menghiasi pentas-pentas peragaan dan majalah fesyen tempatan.
Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar akui bidang pengacaraan merupakan satu bidang baharu baginya yang ingin diterokai selain mengasah bakat lakonan untuk tampil lebih mantap di dalam setiap drama yang dilakonkan.
Jejaka yang membintangi drama Duda Terlajak Laris yang sedang ditayangkan di rangakaian Media Prima itu, tidak terlepas daripada diusik oleh sebilangan individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Menurut jejaka sado ini kepada sebuah portal, dia juga pernah menerima mesej atau e-mail berbaur lucah seperti yang dilalui oleh artis-artis senior tanah air.

“Mesej ataupun emel berbaur lucah rasanya semua artis akan pernah dapat, saya pun pernah juga. Kalau sugar mummy pula, nak ‘try‘ tak ada,” katanya berseloroh.
Bagaikan sudah menjadi lumrah, hak privasi seorang artis itu pasti tergugat ketika nama digalas sedang meningkat naik dan bakat yang ada pasti akan diperhatikan, malah akan dipersoalkan sekiranya watak yang dibawa tidak menjadi.
“Seperti yang dikatakan orang, bila nama mula meningkat naik pastinya tawaran banyak masuk, tapi bagi saya kita adalah seorang pelakon, buat yang terbaik dan mantapkan satu demi satu lakonan terlebih dulu, biar orang kenal kita dengan hasil kerja kita.”
Menurut pelakon berusia 27 tahun ini, dia merupakan seorang yang sukakan cabaran dalam lakonan supaya dapat menguji bakat dan kemampuan yang ada untuk bertapak lebih lama dalam industri tanah air.

“Dalam arena lakonan saya mahukan watak seperti psikologi ataupun pengemis, watak yang betul-betul berlainan daripada diri kita. Sama juga dengan pelakon lain akan buat perkara yang sama, mereka akan menguji kebolehan mereka kerana lakonan dan karakter bukan semua orang boleh bawa,†katanya.
Dalam perkembangan lain, Idris baru sahaja habis penggambaran drama bersiri Duda Terlajak Laris dan dalam perancangan untuk memulakan penggambaran sebuah drama bersiri 13 episod arahan JS Pictures, iaitu Sheila Rusly. -MYNEWSHUB.CC