Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Rosmah Ditahan SPRM Dan...

PUTRAJAYA — Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ditahan ketika memberi...

Tun M Sering Ubah...

IPOH - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sering mengubah taktik...

Peraduan Mesra Petronas, Nelayan...

KUALA LUMPUR – Seorang nelayan menganggap kejayaannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000...

Fantasi Ronai Koleksi Adibusana...

MENGEKALKAN keunikan sambil mengukuhkan lagi penjenamaannya sebagai hub fesyen couture yang punyai kelas...

FAM Disaran Guna Kaedah Baharu Kawal Penyokong

NIBONG TEBAL – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran supaya menggunakan kaedah baharu dalam mengawal tingkah laku penyokong bola sepak berikutan kekecohan yang tercetus di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kaedah mengenakan denda terhadap penyokong yang menimbulkan masalah, yang diguna pakai kini tidak lagi berupaya mengekang mereka daripada terus melakukan kekecohan di stadium.

Beliau berkata hukuman denda berbentuk wang ringgit selalunya dibayar oleh pasukan atau kelab terbabit, namun masalah kekecohan yang sudah sekian lama berlaku sering kali berulang.

“Saya ingin mencadangkan supaya FAM mempertimbang untuk mengurangkan jumlah mata terhadap mana-mana pasukan yang penyokong mereka menimbulkan kekecohan di stadium,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Nibong Tebal di sini hari ini.

Beliau berkata kaedah pengurangan mata terhadap pasukan terbabit mungkin mampu mengekang kekecohan penyokong di stadium kerana tindakan mereka itu akan menyebabkan pasukan masing-masing kehilangan mata.

Dalam aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, malam tadi, tiga termasuk seorang jurugambar cedera akibat kekecohan penyokong kedua-dua pihak yang saling membaling objek.

Khairy berkata FAM juga harus meningkatkan kawalan keselamatan pada setiap perlawanan yang dijangka tegang agar dapat mengelak perkara yang tidak diingini.


“Saya tidak mahu melihat perkara sebegini berulang lagi dan berharap pihak Jawatankuasa Keselamatan FAM mengambil tindakan serius untuk menangani perkara tersebut,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata sebarang provokasi yang dicetuskan mana-mana pihak tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka menyerang penyokong pasukan lain.

Khairy berkata beliau akan meminta laporan daripada polis dan FAM berhubung apa yang berlaku di Stadium Perak itu.

“Perak dan JDT ada sejarah kontroversi yang saya rasa untuk perlawanan akan datang, mesti disediakan lebih ramai anggota keselamatan. Kita perlu ambil tindakan pencegahan lebih menyeluruh supaya tidak berulang insiden-insiden yang tidak diingini di stadium,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori