Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Dua Beradik Ditahan Terbabit...

KUANTAN - Dua beradik yang dipercayai terlibat dengan satu kes mencuri motosikal pada...

UAE Bebaskan Akademik British...

AKADEMIK British, Matthew Hedges yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan terlibat...

PGA7 Rampas Beg Tangan,...

Tanah Merah : Polis merampas beg tangan dan kasut terpakai bernilai lebih RM3.3...

Portfolio Exco Baharu Diumum...

SHAH ALAM - Portfolio bagi 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor...

Disoal Siasat 2 Jam Kerana Disyaki Pengganas

“SAYA reda walaupun tidak dapat menunaikan haji, namun Allah memberi peluang saya menunaikan umrah pada Ramadan baru-baru ini,” kata Suliman Abd Lah yang menamatkan misi berbasikal solo sejauh 10,000 kilometer (km) ke Makkah.

Suliman, 48, berkata, dia yang sepatutnya menunaikan haji pada 17 Julai hingga 31 Ogos ini terpaksa pulang lebih awal selepas kerajaan Arab Saudi tidak meluluskan visa haji kepada pengayuh basikal berikutan kebimbangan ancaman Daish.

Dia yang berbasikal selama 133 hari untuk sampai ke Makkah bagaimanapun bersyukur kerana meraih banyak pengalaman menerusi misi itu.

“Sepanjang kayuhan ini, saya belajar mengenal sifat tawakal kepada Allah. Bermula kayuhan dari Changlun ke Thailand pada 8 April lalu… pelbagai dugaan ditempuhi termasuklah berdepan dengan makhluk ghaib di beberapa masjid di negara jiran berkenaan.

“Di Myanmar pula saya terpaksa melakukan teknik penyamaran berlakon seperti orang sana dengan memakai bedak di muka dan badan demi menjaga keselamatan diri.

“Saya pernah rasa nyawa bagai telur di hujung tanduk apabila melalui kawasan pertempuran antara puak dengan tentera Myanmar… bunyi tembakan jelas kedengaran,” katanya.

Selain itu katanya, dia pernah disekat oleh kumpulan samseng di sebuah negara yang mahu meminta wang kononnya sebagai perlindungan.

“Tetapi dengan dengan nasihat dan tunjuk ajar daripada rakan yang berpengalaman, saya berjaya membuatkan kumpulan samseng terbabit merasa kasihan dan melepaskan saya,” katanya ketika ditemui di Kubang Pasu, petang semalam.

Suliman yang bekerja sebagai Penolong Pengurus Unit Elektrik dan Elektronik Tol Plaza Jambatan Pulau Pinang berkata, dia juga pernah ditahan kerana disyaki sebagai kumpulan pengganas yang menyamar sebagai pengayuh basikal.


Suliman bertolak pulang ke Malaysia menerusi penerbangan dari Abu Dhabi dan tiba di Kuala Lumpur jam 10.30 pagi kelmarin.

“Saya disoal siasat lebih dua jam sebelum dilepaskan… siasatan itu benar-benar memberi tekanan kepada mental sehingga saya menyangka akan dibelasah dengan teruk tetapi bersyukur kerana mereka tidak menyentuh saya.

“Ini semua berkat mengamalkan surah al-Baqarah ayat satu hingga lima, ayat Kursi dan surah al-Baqarah ayat 284 hingga 286 sebagai pendinding diri sehingga kayuhan saya dipermudahkan,” katanya

Bapa kepada empat orang anak itu juga berhasrat untuk menulis buku mengenai pengalamannya berkayuh di Thailand, Myanmar, India, Bangladesh, Pakistan dan Arab Saudi dan Oman sebagai penghargaan kepada penaja.

“Biarpun baru sahaja pulang, saya kini sudah menerima beberapa jemputan untuk berkongsi pengalaman di syarikat lain serta sekolah sebagai motivasi mengenai kejayaan kayuhan saya ini.

“Lebih membanggakan, masyarakat luar terutama negara Islam amat mengenali dan mengagumi Tun Dr Mahathir Mohamad. Apabila saya memberitahu berasal dari Malaysia… mereka terus menyebut nama Dr Mahathir dan melayan saya dengan baik,” katanya dalam nada bangga. – myMetro Online

Kategori