• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Seri Alias Ahmad Dilantik Setiausaha Majlis Keselamatan Negara

oleh Ahmad Albab
14/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad dilantik sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, mulai esok (15 Mac).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Seri Jamil Salleh pula akan menggantikan Alias sebagai Ketua Setiausaha (KSU) KPDNKK.

Ali juga mengumumkan Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS Datuk Lokman Hakim Ali, 45, dilantik sebagai Ketua Setiausaha KBS mulai esok, menjadikannya KSU termuda yang dilantik setakat ini.

“Saya berkeyakinan penuh kelayakan, pengalaman dan pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki ketiga-tiga pegawai yang dilantik ini mampu membawa organisasi masing-masing ke tahap kecemerlangan lebih tinggi dalam menjayakan wawasan dan aspirasi negara,” katanya.

Alias, 57, yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Strategik dan Pertahanan dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dari Universiti Malaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam kira-kira 32 tahun dengan menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1984.

Ali berkata Alias berpengalaman luas dalam bidang pengurusan keselamatan, ekonomi, pembangunan serta pengurusan sumber manusia di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan.

Alias memegang jawatan KSU KPDNKK mulai 5 Feb 2014.

Jawatan lain yang pernah disandang Alias sebelum ini adalah Ketua Pengarah Imigresen, Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri; Setiausaha Bahagian, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri.

Ali berkata Jamil, 57, yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama kira-kira 32 tahun, berpengalaman luas dalam bidang keselamatan, pengurusan awam dan pengurusan pembangunan sosial.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Malaya itu mula menyertai perkhidmatan sebagai Pegawai Belia dan Sukan pada 1983 sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1984.

Beliau dilantik sebagai KSU KBS mulai 12 Jun 2013.

Sebelum ini, beliau pernah menyandang jawatan Timbalan KSU (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS, Pengarah, Bahagian Pembangunan dan Perolehan Jabatan Penjara, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Pengarah Pembangunan dan Logistik Jabatan Penjara, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Ali berkata Lokman Hakim berpengalaman luas dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pengurusan awam dan pengurusan pembangunan sosial menerusi karier perkhidmatannya.

Lulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Claremont Graduate University, California, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dari University of Southern California, Amerika Syarikat itu telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama kira-kira 22 tahun dengan mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1994.

Lokman Hakim dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS mulai 3 April 2015.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Perdana Menteri; Naib Presiden, Perhubungan Kerajaan, Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd; Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal APEC Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. – BERNAMA

Tags: KSNMKN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BSN Sasar 72,000 Pemegang Baharu Kad Kredit Tahun Ini

Next Post

Siti Saleha Bahagia Bersama Kekasih Baharu, Jejaka ‘Mix’

Related Posts

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

03/08/2024
0

Putrajaya : Masalah berat badan berlebihan atau obesiti membelenggu 50 peratus penjawat awam di Putrajaya, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan...

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Next Post

Siti Saleha Bahagia Bersama Kekasih Baharu, Jejaka 'Mix'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd