Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ku Li Jumpa Amanah...

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan sedang menyusun strategi dan kerjasama...

Angkasa Peruntuk RM4.8 Juta...

KUANTAN - Yayasan Angkasa memperuntukkan RM4.8 juta untuk kemudahan pembiayaan pinjaman pendidikan kepada...

Pelajar Sekolah Membuli Kerana...

KUALA LUMPUR - Sikap hormat menghormati antara pelajar sekolah yang semakin terhakis antara...

Polis Nafi Gugur Kalimah...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan pihaknya telah mengubah logo...

Chun Yong Guna Taktik Berbeza Berdepan Thailand

KUALA LUMPUR – Malaysia akan memperagakan taktik berbeza apabila berdepan juara bertahan, Thailand pada perlawanan akhir Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Vietnam, esok.

Bercakap pada sidang media menjelang perlawanan berkenaan, ketua jurulatih negara Chiew Chun Yong berkata aksi di Stadium Tertutup Phu Tho itu sudah pastinya berbeza, selepas anak buahnya tumpas 3-6 kepada lawan yang sama pada perlawanan pusingan awal, 28 Okt lepas.

“Jelas sekali, kita tidak boleh beraksi seperti sebelum ini (apabila tumpas 3-6 kepada Thailand) pada perlawanan peringkat kumpulan.

Prestasi kita tidak baik pada perlawanan tersebut.

“Secara fizikal dan teknikal, pemain Thailand adalah lebih bagus, maka kita peru menghadapi perlawanan akhir ini dengan aksi yang sebenar,” kata Chun Yong seperti dipetik dalam laman sesawang AFF, www.aseanfootball.org.

Justeru, beliau berkata elemen penting berdepan barisan pemain Thailand itu adalah tidak terburu-buru seperti yang ditampilkan ketika menewaskan pasukan tuan rumah, 5-1 pada aksi separuh akhir, semalam.


Dalam pada itu, ketua jurulatih Thailand Miguel Rodrigo menegaskan barisan pemain mudanya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada perlawanan esok, dan yakin anak buahnya akan menampilkan prestasi terbaik.

“Saya tahu Malaysia akan membalas dendam (selepas tewas 3-6 kepada Thailand dalam aksi peringkat kumpulan), namun kita sudah bersedia menghadapi apa jua yang dirancangkan mereka,” kata Miguel.

“Kami memiliki barisan pemain muda yang komited dan mereka sudah membuktikan di bandar Ho Chi Minh kemampuan mereka untuk beraksi di peringkat tertinggi,” kata jurulatih kelahiran Sepanyol berusia 47 tahun itu.

Untuk rekod, Malaysia dan Thailand sudah tiga kali bertemu di pentas final – 2003, 2005 dan 2010 – yang kesemuanya dimenangi pasukan lawan itu. – BERNAMA

Kategori