• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buaya Haiwan Purba Akan Terus Dilindungi – Jabatan Hutan S’wak

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Hutan Sarawak akan mengekalkan buaya, satu-satunya haiwan spesis purba ‘the last relics of living dinosaurs’ yang masih wujud di negeri ini bagi memastikan reptilia itu kekal terpelihara untuk ditatapi generasi akan datang.

Pengarah Jabatan Hutan negeri Sapuan Ahmad berkata walaupun status pengurusan buaya di Sarawak diturunkan daripada Apendiks I kepada Apendiks II dalam senarai Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) di Johannesburg, Afrika Selatan baru-baru ini, tidak bermakna pemburuan, penjualan dan pembunuhan buaya boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

“Seperti haiwan-haiwan lain yang tersenarai dalam Apendiks berkenaan, sebarang aktiviti yang berkaitan pemburuan, penjualan dan pembunuhan buaya perlu mendapat kebenaran atau permit terlebih dahulu daripada Pengarah Hutan Sarawak merangkap Kontroler Taman Negara dan Hidupan Liar Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu berkenaan yang hangat diperkatakan serta disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan baru-baru ini bagi mengelakkan orang ramai keliru dengan kenyataan berkenaan.

Malaysia baru-baru ini berjaya menurunkan taraf kategori buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II di mesyuarat Persidangan Pihak-Pihak yang menyertai CITES di Afrika Selatan, yang akan membolehkan buaya di Sarawak diburu dan diperdagangkan.

Di Sarawak, selain terlindung di bawah peruntukan antarabangsa, CITES, buaya turut dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (WPO 1998).

Sapuan berkata isu pengurusan buaya dibangkitkan kerana tercetusnya konflik antara manusia dan buaya akibat persaingan mendapatkan sumber makanan serta ruang untuk hidup kerana populasi kedua-duanya yang semakin meningkat.

Menurutnya tindak balas seperti memburu dan membunuh buaya ganas yang telah dan dikuatiri mengancam ketenteraman nyawa dan harta benda, pada dasarnya adalah dibenarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 41, 42 dan 42A WPO 1998.

“Namun begitu, pelaku atau waris mangsa perlu melaporkannya ke Jabatan Hutan Sarawak dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata sebagai langkah pemeliharaan buaya secara lestari, Jabatan Hutan Sarawak akan memperkasakan kewujudan Zon Bebas Buaya di sepanjang Tebingan Sungai Kuching, Pasir Panjang dan Pasir Pandak selain memperluaskannya ke kawasan-kawasan hulu yang mana penduduknya masih bergantung hidup dengan sungai walaupun mempunyai populasi buaya yang tinggi.

“…atas faktor kesesuaian kawasan berkenaan serta statusnya sebagai satu-satunya tapak Ramsar di Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak akan menjadikan Taman Negara Tanah Lembap Kuching (KWNP) sebagai santuari buaya yang lestari.

“Di samping itu juga, Jabatan Hutan Sarawak akan terus memperkasakan kerja-kerja penakaian terutama di kawasan-kawasan atau sungai-sungai yang mempunyai populasi buaya yang tinggi. Ini bagi mewujudkan ruang kehidupan yang lebih selesa serta memastikan bahan-bahan atau sumber-sumber makanan mencukupi,” katanya.

Katanya Jabatan Hutan juga akan memasyarakatkan subjek serta mengadakan kempen-kempen kesedaran berkaitan pengurusan buaya dengan lebih sistematik bagi menanam rasa kecintaan dan kesedaran orang ramai terhadap buaya agar ia tidak mencetuskan konflik pada masa akan datang.

Menyentuh aktiviti penternakan buaya yang dilakukan di negeri ini, Sapuan berkata, penternakan buaya di ladang-ladang yang berdaftar dengan Jabatan Hutan Sarawak dan di bawah peruntukan CITES merupakan satu bentuk pengurusan buaya yang mampan.

Beliau berkata ini kerana, ia boleh mengawal populasi buaya di tempat-tempat yang berdekatan pada tahap yang dikehendaki, manakala penjualan hasil-hasil ternakan buaya boleh meningkatkan ekonomi jika terdapat permintaan.

“Pengurusan buaya yang lestari turut mampu dijadikan sebagai produk perlancongan yang popular di negeri ini sepertimana yang diamalkan di negera-negara maju seperti Australia dan Amerika Syarikat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Buaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Rasuah Di Sabah, Netizen Terkejut Bil Air RM20K

Next Post

Atilia Amal Perubatan Cina, Ikhtiar Dapat Cahaya Mata

Related Posts

Lelaki Maut Disambar Buaya

Lelaki Maut Disambar Buaya

19/12/2024
0

KUCHING : Buaya mengganas lagi dengan terbaharu serangan berlaku di Asajaya, Samarahan dalam kejadian petang membabitkan seorang lelaki. IKUTI CHANNEL...

Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia

Buaya Muncul Di Jeti Puteri Harbour, Bimbangkan Pengunjung

13/12/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Kemunculan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter di Puteri Harbour, di sini menggemparkan pengunjung di jeti berkenaan sehingga...

Next Post

Atilia Amal Perubatan Cina, Ikhtiar Dapat Cahaya Mata

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd