• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Pahang: Sektor Pertanian Kerugian Hampir RM5 Juta

oleh
02/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Bencana banjir yang melanda negeri ini sejak minggu lalu menyebabkan sektor pertanian dan ternakan di negeri ini mengalami kerugian hampir RM5 juta, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata paling terjejas adalah sektor tanaman padi yang membabitkan hampir 2,500 petani.

“Hampir sebahagian 2,800 hektar kawasan tanaman padi di negeri ini terjejas dengan bencana ini. Kerajaan akan beri bantuan kepada mereka yang terlibat termasuk bantuan biji benih untuk tanaman semula nanti.

“Biasanya bantuan ini akan disalurkan kepada mangsa apabila keadaan banjir telah pulih dan penilaian selesai dilakukan oleh agensi yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di kawasan sawah padi yang terjejas dengan banjir di Kampung Pahang Tua di sini, hari ini.

Tajuddin selepas itu turut melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Bagaimanapun, katanya jumlah bantuan yang akan diberikan kepada setiap petani yang terjejas masih belum dapat diputuskan kerana ia akan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan.

“Kerajaan akan membantu setakat yang termampu untuk mengurangkan bebanan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirPahangPertanian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd