Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Berita Baik: Tarif Elektrik...

PUTRAJAYA -- Pengguna di Semenanjung Malaysia akan menikmati penurunan tarif elektrik dengan kadar...

Berita Terkini Mynewshub Pindah...

Bermula hari ini, berita-berita terkini di portal Mynewshub berpindah ke ruangan atas, bersebelahan...

Elly Mazlein Selamat Bertunang

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini sah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad...

Kes HFMD Meningkat Di...

JOHOR BAHRU: Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Johor meningkat 1.3...

Ambank Hormati Undang-Undang Syariah Malaysia

KUALA LUMPUR – Kumpulan AmBank hari ini menegaskan ia sememangnya menghormati undang-undang Syariah Malaysia selain mematuhi garis panduan ditetapkan bagi perbankan, insurans dan takaful.

Kenyataannya itu sebagai reaksi terhadap dakwaan Jaringan Melayu Malaysia bahawa AmBank terbabit dalam usaha menggalakkan amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) berikutan usaha samanya dengan Metlife International Holdings Incorporated.

“MetLife adalah antara syarikat insurans terbesar dunia dan ia menghormati undang-undang tempatan, tradisi serta budaya di pasaran perkhidmatannya.

“Kumpulan AmBank, khususnya AmMetLife Insurance Bhd dan AmMetLife Takaful Bhd, beroperasi dan diurus mengikut undang-undang Malaysia.

“Kami juga tidak menyokong mana-mana amalan yang menyalahi undang-undang, termasuk undang-undang Syariah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori