• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Latif Romly, Anda Luar Biasa – Najib

oleh Ahmad Albab
12/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada atlet paralimpik, Abdul Latif Romly yang meraih pingat emas ketiga negara serta mencipta rekod dunia dan kejohanan di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil malam ini.

“Cipta tiga rekod dunia dalam satu malam, pecahkan rekod sendiri. Abdul Latif Romly, anda luar biasa! Tahniah, emas ke-3 #MAS di #Rio2016 #Paralympics. #TerbangLatifTerbang,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman rasmi Twitternya.

Atlet berusia 19 tahun dari Kangar, Perlis itu yang beraksi dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) mencatat jarak 7.60 meter pada lompatan kelima beliau di Stadium Olimpik, Rio de Janeiro, pada Ahad.

Rekod dunia terdahulu iaitu 7.35 meter adalah milik beliau sendiri yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lepas, manakala rekod Sukan Paralimpik iaitu 7.25 meter dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol yang dilakukan pada edisi 2012 di London.

Sebelum ini, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meraih pingat emas pertama untuk negara melalui acara 100 meter T36 lelaki (cerebral palsy) dengan catatan 12.07 saat.

Sementara Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul emas acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan lontaran sejauh 16.84 meter, sekali gus mencipta rekod baharu dunia. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasangan Namakan 13 Anak Sempena Pemain Bola Sepak

Next Post

Dah La Penat Berjalan, Dilanggar Lari Pula

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Dah La Penat Berjalan, Dilanggar Lari Pula

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd