• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

303,856 Pemegang Kad MYPR & MYKAS Didaftar Setakat Jun

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 269,899 pemegang kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) dan 33,957 Pemastautin Sementara (MyKas) yang berdaftar direkodkan di Jabatan Pendaftaran Negara sehingga 30 Jun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata statistik menunjukkan Johor mempunyai seramai 38,239 pemegang MyPR dan 1,709 (MyKas); Kedah 5,535 (MyPR) dan 207 (MyKas); Kelantan 5,019 (MyPR) dan 1,878 (MyKas) dan Melaka 411 (MyPR) dan 275 (MyKas).

“Selain itu, Negeri Sembilan seramai 6,423 pemegang MyPR dan 242 pemegang MyKas; Pahang 7,800 (MyPR) dan 261 (MyKas); Pulau Pinang 10,565 (MyPR) dan 161 (MyKas); Perak 11,065 (MyPR) dan 487 (MyKas), Perlis 1,079 (MyPR) dan 38 (MyKas); Selangor 10,845 (MyPR) dan 849 (MyKas).

“Sementara itu, Terengganu mencatatkan seramai 44,288 pemegang MyPR dan 21,140 pemegang (MyKas); Sabah 2,399 (MyPR) dan 1,507 (MyKas); Sarawak 75,440 (MyPR) dan 2,417 (MyKas); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,515 (MyPR) dan 419 (MyKas); Wilayah Persekutuan Labuan 44,995 (MyPR) dan 1,137 (MyKas); dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 3,281 (MyPR) dan 330 (MyKas) ,” katanya pada waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin tahu statistik bilangan kad MyPR, MyKas dan orang tanpa warganegara mengikut negeri serta tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut dan sama ada golongan berumur 60 tahun ke atas tersebut boleh diberikan kewarganegaraan.

Liew berkata kerajaan sentiasa mematuhi syarat ditetapkan oleh undang-undang untuk memberikan kewarganegaraan dengan memastikan kad MyPR dan MyKas diberikan kepada individu yang benar-benar layak serta dapat memberikan sumbangan signifikan kepada negara.

“Bagi golongan yang berumur 60 tahun ke atas kelonggaran kewarganegaraan diberikan oleh kerajaan dengan mengambil kira faktor pengetahuan bahasa namun hanyalah bagi kes-kes tertentu sahaja.

“Sehingga 2 Julai lepas, sebanyak 106 permohonan yang mematuhi undang-undang sedia ada telah diluluskan oleh kementerian,” katanya. – BERNAMA 

 

Tags: MyKASMyPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serang Gaza, Israel Mahu Ubah Sejarah Palestin

Next Post

Che Ta Bengang A. Aida Dikecam Kahwin Lelaki Muda

Related Posts

Dokumen Pengenalan Diri Tular Bukan PSS – JPN

31/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan bahawa gambar dokumen pengenalan diri yang dimuat naik seorang pengguna Facebook baru-baru...

Warga Emas Tak Mengaku Palsu Dokumen MyPR

21/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan...

Next Post

Che Ta Bengang A. Aida Dikecam Kahwin Lelaki Muda

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd