Pelaburan Dari Jepun Bukti Ekonomi Malaysia Kukuh
PELABUHAN KLANG -Kerancakan kemasukan pelaburan dari Jepun membuktikan ekonomi Malaysia masih kukuh dan diyakini sebagai destinasi pilihan pelaburan jangka panjang walaupun iklim kewangan dunia dilihat tidak menentu. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud berkata pada tahun lepas, Jepun merupakan pelabur keempat terbesar negara meliputi pelbagai bidang antaranya sektor pembuatan yang melibatkan 53 projek dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.9 bilion. Beliau berkata pelaburan berkenaan dijangka mewujudkan kira-kira 4,390 peluang pekerjaan kepada ...