Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Sampaikan Rambut Hafiz Pun...

BILA nama sudah dikenali dan disebut-sebut, pastinya apa sahaja aspek melibatkan gaya dan...

Kanun Jenayah Syariah ‘Hudud’...

KOTA BAHARU - Orang bukan Islam tidak perlu bimbang atau cuba menentang pelaksanaan...

Gaduh Di Restoran, 17...

JOHOR BAHRU - Seramai 17 individu termasuk lapan wanita warga tempatan dan Vietnam...

Najib Pengerusikan Mesyuarat Majlis...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat...

SKMM Keluar Notis Arah Malaysiakini Tarik Artikel Palsu

CYBERJAYA – Jika sebelum ini sebuah portal berita propembangkang terkenal menyebarkan artikel kononnya Majlis Raja-raja Melayu menolak hukum hudud yang terbukti palsu, kali ini senario sama masih lagi berterusan.

Barang kali sudah cukup berlembut, kali ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lagi membenarkan kandungan palsu disiarkan portal berita tempatan serta dibiarkan bebas tersebar begitu sahaja.

Sebaliknya menggunakan peruntukan undang-undang, SKMM pantas mengeluarkan notis kepada portal berita propembangkang, Malaysiakini agar menarik balik laporan palsu yang disiarkan menerusi laman web tersebut.

SKMM, dalam kenyataan rasmi pada Jumaat berkata, artikel berkenaan adalah bertajuk ‘Report filed against Chief Sec, PSD Head‘ dan ‘Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA‘ yang diterbitkan Malaysiakini pada Khamis.

Baca: KDN Tiada Kuasa Sekat Blog, Portal Berita

“SKMM mendapati berita dalam dua artikel itu adalah tidak benar berdasarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah nafi wujudnya pegawai SPRM membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta SPRM 2009,” kata kenyataan itu.


Justeru, SKMM bertegas mengingatkan kesemua pentadbir portal berita tempatan untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan terlebih dahulu status kesahihan sesuatu berita yang diragui sebelum ia disiarkan.

Suruhanjaya itu turut menegaskan sebarang perbuatan menghantar kandungan palsu melalui aplikasi laman sesawang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Di bawah undang-undang tersebut, ia memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori